Bertaubatlah

An-Nur [31]…..dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Taubat maksudnya kembali (balik) kepada Allah

Hud [90] Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu (istigfar), kemudian kembalilah taat kepadaNya.

Kata pepatah Melayu, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan.

Taubat yang paling baik ialah Taubat Nasuha.

At-Tahrim [8] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha..

Taubat Nasuha bererti sekali kita bertaubat, kita tidak akan mengulangi lagi kejahatan atau maksiat yang telah dilakukan. Inilah taubat kelas pertama.

Allah SWT maha menerima taubat (At-Tawwab).

Iman manusia berbeza-beza, ada yang hanya tidak mampu bertahan lama dan mengulangi dosanya. Ada manusia yang bertaubat di waktu malam, kemudian kembali mengulangi dosanya diwaktu siang. Namun Allah SWT maha menerima taubat.

Dari Abu Musa r.a. dari Nabi saw katanya “Allah Azza wa Jalla membentangkan tanganNya (rahmatnya) malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tanganNya (rahmatnya) siang hari untuk menerima taubat orang-orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di Barat. (Riwayat Muslim)

Dalam hadith di atas Allah membentangkan tangannya bukanlah bermaksud Allah mempunyai tangan dan berjisim seperti makhluk. Ia bermaksud Allah membuka rahmatnya untuk menerima taubat. Disebut tangan agar manusia mudah faham, misalnya kita menggunakan istilah `kami menerima kedatangan tuan dengan tangan terbuka`, bukanlah bermaksud tangan itu dibuka, tetapi hati yang terbuka sebenarnya.

Dikirim dalam Taubat. 15 Comments »

15 Respons to “Bertaubatlah”

  1. effa Says:

    Sya telah brubah dari segi tidak solat’sya kerja kan solat….dari tidak bertutup aurat sya cuba bertutup aurat baik tempat keja mahu pun keluar rumah….tidak lh mnutup aurat shingga kaki…maksud nya mmaksi sarung kaki….ada kah yg di buat sya dpt di terima allah dan di kira taubat….tolong bjelas kn

  2. effa Says:

    Sya musykil….takut perbuatan sya tidak di terima amalan sya….hanya dgn mnutup aurat tidak hingga ke kaki….dan tidak mem buat amalan sbaik2 nya…

    • sulaiman Says:

      Dalam mazhab Syafie memanglah kaki sebahagian aurat. Tapi ada kelonggaran dlm mazhab lain spt mazhab Hanafi yg tidak mengira kaki sebagai aurat. Insya Allah taubat anda diterima kerana anda dlm proses hijrah.

  3. effa Says:

    Terima kasih atas bjelasan…ya sya sentiasa berusaha utk membaiki dri…agar tidak terus lalai…alhamdulilah allah masih memberi hidayah utk sya mnuju ke jalan yg benar….ke jalan yg di redhai nya….

  4. effa Says:

    Tapi sya da membaca dlm satu buku…yg myata kan aurat perempuan hanya muka dn telabak tgn sahaja..boleh jelas kn

    • sulaiman Says:

      Muka dan tapak tangan itu adalah bahagian yang boleh dibuka.

      • effa Says:

        Ada kah perlu utk setiap sorang yg brubah…perlu mlaku solat taubat…boleh bjelas kn

      • sulaiman Says:

        Solat taubat adalah salah satu cara. Penyesalan juga satu cara bertaubat, sedih atas dosa yg dilakukan dan berazam utk tidak mengulanginya.

        Taubat itu maksudnya balik kpd Allah..kembali mengikut perintahnya dan menjauhi larangannya

        .. spt kata pepatah melayu, sesat hujung jln kembali ke pangkal jalan.

  5. effa Says:

    Ada kh perlu utk sya mlaku solat taubat?skira nya sya mahu bhijrah satu bsatu…utk mnuju ke jln allah

  6. effa Says:

    Tidak mlakukan nya pun ada kah bhijirahan sya di terima…walaupun scara blahan2


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: