Kelebihan Ibadat

Ali-Imran [133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa;

Bersegeralah dalam beribadat dan meminta keampunan serta bertaubat kepada Allah kerana kita tidak tahu samada peluang itu masih ada atau tidak keesokkan hari. Kalau 100 kali buat salah dan 100 kali minta ampun dalam sehari pun tuhan masih mengampunkan dosa kita.

Syurga adalah tempat yang dipenuhi keindahan dan kehijaun, yang tidak membahayakan mata. Ia tidak sejuk dan tidak pula panas. Syurga itu sangat luas, disebut dalam satu hadith, kalau semua ahli syurga berada pada satu tingkat pun masih belum penuh syurga itu. Ianya disediakan untuk para muttaqin iaitu orang yang bertakwa.

Takwa itu pula luas “area” dan skopnya, meliputi segala yang fardu dan juga yang sunat. Berbeza-beza tahap dan kategori takwa di antara seorang muttaqin dengan yang lain.

At-Talaq [2]…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq[3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah (bertawakkal), maka Allah akan mencukupkan keperluannya…

Dari Umar r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Andaikata kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, nescaya Dia akan memberikan rezeki padamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung-burung berperut kosong dan pada petangnya kembali dengan perut penuh berisi.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: