Kebersihan itu sebahagian daripada iman

Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. (Riwayat Abu Malik Al-Ashaari).

Semua ibadat memerlukan kebersihan samada kebersihan zahir atau kebersihan batin (hati). Ibadat sembahyang perlu kebersihan diri, pakaian dan tempat sembahyang.

Dalam semua mazhab, najis yang sangat sedikit sekadar duit 1sen dimaafkan dan boleh bersembahyang. Dalam mazhab Hanafi, sekiranya najis itu tidak melebihi satu perempat pakaian, seseorang itu masih boleh bersembahyang. Dalam mazhab Maliki pula, jikalau kotor seluruh pakaian pun masih boleh bersembahyang, syaratnya hendaklah seseorang itu menunggu untuk mendapatkan kain yang bersih, setelah didapati tiada kain bersih, bolehlah dia sembahyang mengikut kemampuannya (pakaiannya). Mazhab Syafie lebih berhati-hati dalam masalah ini, sedikitpun najis tidak dibenarkan kecuali terlalu sedikit.

Akidah pula perlu suci dari syirik dan kufur kerana kekafiran itu adalah satu najis, di dalam hati.

At-Taubah [28] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ibadat seperti puasa pula hanya memerlukan kebersihan batin iaitu akidah, (puasa pakai pun kain kotor masih sah).

Wuduk adalah satu dari cara membersihkan diri.” Dari Abi Hurairah, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar (Radhiallahu anhum) sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

Sesiapa berwuduk menyebut nama Allah s.w.t., sesungguhnya ia telah menyuci seluruh badannya, tetapi jika tidak menyebut nama Allah s.w.t. dia hanya membersihkan tempat berwuduk sahaja.”

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. Label: . 38 Komen »

38 Respons bagi “Kebersihan itu sebahagian daripada iman”

  1. faris Says:

    Ustaz,,,saya ada kemusykilan tentang najis yang dimaafkan,,,tentang najis sekadar 1 sen tu,,,
    apakah percikan air kencing termasuk sekali???apakah dikira najis jikalau kita yakin bahawa air kencing yang terpecik ke badan kita tidak seluas satu sen???,,saya ada terbaca,,najis yang sedikit dimaafkan jikalau susah hendak dielakkan..

    • sulaiman Says:

      Ya, najis yang sedikit dimaafkan…
      Sebagai contoh, orang yang beristinja dengan batu tidak akan mampu membersihkan najis seratus-peratus.
      Mengikut kata tuan guru, kadar maksimum najis yang dimaafkan ialah tidak melebihi satu perempat kain.

      • faris Says:

        1) Apakah masih dikira dimaafkan walaupun dengan sengaja jikalau najis tersebut kurang seluas 1 sen??

        2)Contoh situasi, kencing di western toilet, saya sering rasa dan yakin percikan air kencing terkena pada punggung atau peha saya..apakah percikan tersebut dikira najis??saya ada terbaca ‘apa-apa najis yang selalu berlaku percikan dimaafkan jikalau kita sudah berusaha untuk mengelak dari terkena najis tersebut’..jadi saya consider air kencing adalah salah satu najis yang mudah membawa percikan. Tapi jikalau kencing di western toilet, saya dapati tidak ada usaha untuk mengelak dari terkena percikan tersebut. Lain hal jikalau saya kencing di bowl toilet, saya at least berusaha untuk elak percikan air kencing dengan kencing secara duduk dan lipat seluar..memandangkan kencing di western toilet tiada usaha untuk mengelak percikan tersebut, apakah percikan yang terkena badan atau pakaian dikira NAJIS??

        2) Saya tidak faham tentang ‘tidak melebihi satu perempat kain.’. Boleh ustaz jelaskan lebih mendalam berserta contoh??

        Mohon ustaz menolong saya yang jahil ini dengan cepat.

      • sulaiman Says:

        1) Ya, tetap dimaafkan.
        2) Percikan yang terkena badan atau pakaian itu masih najis, cuma dimaafkan jika sedikit. (lihat no 3)
        3) Contoh, jika jumlah keseluruhan percikan air kencing yang terkena pakaian saudara itu tidak lebih daripada 1/4 bahagian seluar, maka ia dimaafkan.

  2. faris Says:

    apakah hukum ‘najis kurang dari 1/4 bahagian kain dimaafkan’ apply juga untuk najis yg terkena pada badan?
    saya agak keliru kerana ustaz hanya mention 1/4 bhgn seluar, bukan badan

    • sulaiman Says:

      kalau najis di badan itu masih boleh dibersihkan, maka bersihkanlah. Percikan air kencing yang terkena badan itu basuhlah dengan air.
      Najis yang melekat di seluar lebih susah nak dibersihkan berbanding yang melekat di badan.
      Apa yang saya bagitahu ini mengikut mazhab hanafi sebab kadang-kadang kita terpaksa sembahyang dalam keadaan tidak bersih sepenuhnya dan tidak sempat nak mengganti pakaian.

  3. faris Says:

    ustaz,,saya ingin bertanya tentang wudhu,,
    1)semasa mangambil wudhu bahagian tangan hingga siku, bolehkah kita basuh kedua-dua kiri kanan serentak?
    2)contohnya semasa membasuh tangan kanan hingga ke siku,saya menggunakan tangan kiri untuk meratakan air,,apakah tangan kiri itu sudah dikira basuh sebagai anggota wudhu?

    • sulaiman Says:

      1) Basuh serentak boleh, contohnya jika kita merendam kedua tangan kiri dan kanan ke dalam air kolah atau air sungai.
      2) Saya tak berapa faham no 2 ni… Kalau guna tangan kiri untuk meratakan air, tangan kiri hingga siku kiri masih belum dibasuh kan?..

  4. faris Says:

    yup,,masih belum dibasuh,,tetapi tangan kiri itu kan sudah basah,,tidak dikira “sudah diratakan” ke tangan kiri tu?
    kadang kala ana pun ragu2 tentang meratakan air wudhu, especially bahagian celah2 jari tangan dan bahagian lipatan kulit pada jari tangan.,,.jikalau tangan kiri dikira “sudah diratakn” ana tak perlu risau lagi tentang celah2 jari tangan kiri…

    kemusykilan ana ni timbul apabila ana tau rasulullah dahulu mengambil wudhu dengan air yang sangat sedikit( 2 tangan penuh, tak silap ana),,bagaimana para sahabat dahulu mengambil wudhu dengan yakin?sedangkan jikalau terdapat bahagian tidak rata sebesar kuku pun, rasulullah arahkan untuk mengambil wudhu semula,,,

    mohon pertolongan ustaz!

    • sulaiman Says:

      Muka, tangan dan kaki hendaklah dibasuh..Kepala pula disapu..
      Meratakan air bermaksud air itu sampai ke seluruh anggota wuduk, cukup dengan melalukan air dan tidak semestinya menggosok, tetapi menggosok anggota wuduk itu adalah sunat.
      Betul Rasulullah s.a.w. berwuduk dengan air yang sedikit dan Baginda hanya berwuduk 1 kali, begitu juga rasul terdahulu.. tetapi baginda mengatakan sunat 3 kali kepada umatnya.

  5. faris Says:

    saya ada kemusykilan tentang solat jemaah,,
    dalam solat jemaah kita dimaafkan untuk menghabiskan al fatihah jika kita mendapati imam sedang rukuk atau kita mendapati imam sudah selesai bacaan alfatihah dan kita tidak sempat untuk menghabiskan bacaan al fatihah,,
    1)contoh situasi, saya sempat bersama imam pada rakaat pertama dan kemudian bangun bersama imam pada rakaat kedua, kemudian saya dapati imam baca laju sampai saya tidak sempat untuk habiskan bacaan al fatihah sebelum imam rukuk dlm rakaat kedua,,apakah saya dimaafkan untuk tidak membaca al fatihah dan terus rukuk?
    saya ada terbaca salah satu hadis mengatakan ‘imam adalah untuk diikuti’,

    mohon pertolongan ustaz,,,salam

  6. faris Says:

    terima kasih ustaz,,
    1) saya ada terbaca satu blog mengatakan tahi cicak dan tahi burung adalah najis yg dimaafkan krn najis tersebut termasuk dalam najis yang susah untuk dielak, dan dikatakan dipersetujui oleh keempat-empat mazhab,,apakah najis tersebut dimaafkan secara mutlak?maksud saya walaupun saya terpijak banyak tahi cicak atau terkena bnyk tahi burung, apakah ia masih dikira suci?

    2)saya ada dengar hadis ttg larangan berjalan depan org yg sedang solat,,,apakah kita dilarang berjalan di ruang sujud seseorang atau dilarang berjalan di depan orang yg bersujud?apakah fungsi sebenar sutrah?

    minta pertolongan ustaz,,assalamualaikum!

  7. firdaus Says:

    Asalammulaikum..
    ustaz sy nak bertanya tentang istinjak najis…..kadang-kadang selepas bersuci/membasuh kemaluan yg baru membuang air kecil(kencing)…setelah pakai seluar dalam kita akan terasa terkemut sedikit..juga merasa lelehan ada keluar pada kemaluan mungkin setitik dua dan mungkin lebih…macam mana hukumnya itu ustaz???adakah itu tergolong dlm najis marfu(najis yg dimaafkan)???.bagaimana pakaian yg terkena lelehan tersebut….adakah sah solatnya jika menggunakan pakaian tersebut???….j

    macamana cara yg lebih afdhal utk kita membersihkan tilam..bantal yg terkena najis(air kencing@tahi) tersebut??
    Mohon tunjuk ajar ustaz….terima kasih ..moga Allah merahmati ustaz sulaiman diatas segala ilmu yg dikongsikan selama ini….Amin..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Najis yang sedikit itu dimaafkan. 4 mazhab sepakat najis sebesar duit syiling 1 sen dimaafkan.
      Jadi masih sah solatnya.

      Basuhlah tilam atau bantal yang terkena najis itu seperti basuh pakaian biasa, guna sabun dan air.

      • firdaus Says:

        terima kasih ustaz…..jadi selepas berlaku lelehan itu….saya x perlu bersuci kemaluan itu lagi ke ustaz dan masih sah solatnya ye???….betul ke permahaman saya ni??

      • sulaiman Says:

        Ye betul, cuma saya nak bagitahu, selepas buang air kecil itu, berdehemlah 3 kali atau urut sedikit supaya lelehan itu keluar terus.

      • firdaus Says:

        sulaiman Says:
        November 18, 2011 at 8:13 am

        Ye betul, cuma saya nak bagitahu, selepas buang air kecil itu, berdehemlah 3 kali atau urut sedikit supaya lelehan itu keluar terus.

        salam…terima kasih ustaz krn x jemu2 memberi tunjuk ajar kpd saya yg jahil ni….adakah perbuatan tersebut adalah sunnah rasulullah ustaz???…selain dari duduk,masuk kaki kiri dan menutup kepala…..Alhamdullillah ustaz…sy ada amalkan itu…petua org tua bagi….mujarab….saya dapat kurangkan rasa lelehan tu…mmm

      • sulaiman Says:

        Ya Sunnah Rasulullah… termasuk perbuatan duduk ketika buang air, menutup kepala ketika masuk tandas, membaca a’uzubillah ketika masuk dan ghufronaka ketika keluar.

        Kalau ada masalah dedas atau kencing tidak tos (lawas) kena balut dengan plastik atau apa-apa sebelum solat setelah berwuduk.

      • firdaus Says:

        sulaiman Says:
        November 17, 2011 at 8:33 am
        Basuhlah tilam atau bantal yang terkena najis itu seperti basuh pakaian biasa, guna sabun dan air.

        salam ustaz….minta maaf saya nak bertanya lanjut…
        bagaimana kalau setelah dicuci dgn sabun dan air tetapi rupa(warna),bau masih ada pada tilam tersebut???….utk tilam dan bantal kekabu susah(x boleh) utk dibasuh….kalau dibasah lencunkan takut hapak dan merosakn kekabu….adakah cukup mencuci dgn dilalukan air pada tempat terkena najis tu???…mohon tunjuk ajar ustaz???

      • sulaiman Says:

        Salam,
        Pada pendapat saya boleh guna wangian seperti febreeze untuk hilangkan bau.
        Kalau najis itu air kencing bolehlah lalukan air.

  8. firdaus Says:

    Asalammulaikum..
    Apakah hukum mengunakan washer machine dlm mencuci pakaian????ada pendapat yg menyatakan pakaian kena dicuci dengan air yg mengalir…..betul ke ustaz???bagaimana ingin mencuci pakaian mengikut islam???….
    Mohon tunjuk ajar ustaz….terima kasih….

    • sulaiman Says:

      Waalaikkummussalam,

      Boleh menggunakan washing machine.
      Airnya masih mengalir ketika paip dibuka.
      Air mengalir tidak semestinya di sungai.
      Air yang tak mengalir itu macam air yang ditakung dalam kolah.

  9. firdaus Says:

    Assalamualaikum…
    ustaz…..boleh terangkan lagi najis-najis yg dimaafkan selain sebesar syiling 1 sen tu???

  10. firdaus Says:

    Assalamualaikum….
    Ustaz bleh terangkan lagi jenis-jenis najis yg dimaafkan selain najis yang sebesar syiling 1 sen itu???minta tunjuk ajar ustaz…..

  11. firdaus Says:

    Assalamualaikum ustaz…..
    seperti yg saya tahu perfume beralkohol tidak boleh dibawa solat kerana alkohol adalah najis…betul ke ustaz??? bagaimana dgn barangan keperluan lain yg mengandungi alkohol didalamnya seperti deodarant, minyak rambut dan sebagainya….adakah tidak boleh dibawa ke solat juga??? Minta tunjuk ajar ustaz…terima kasih…

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Alkohol dalam perfume atau deodorant adalah sangat sedikit kandungannya.
      Masih boleh dibawa solat tetapi janganlah disembur terlalu banyak pada satu-satu tempat sehingga menitis airnya, cukup sekadar “dilalukan” semburan perfume itu sepintas lalu.

  12. firdaus Says:

    Assalamualaikum ustaz….
    saya berkerja sebagai mekanik kereta….ketika ingin menunaikn solat…saya akan mencuci tangan dgn teliti utk memastikan minyak hilang dicelah2 kuku dan kulit….tetapi kadang2 saya terlepas pandang bahawa ada sedikt di celahan kulit dan kuku yg masih berminyak…adakah sah wuduk saya ustaz???sebab ditakuti minyak tersebut mehalang air sampai ke anggota dan kulit..Minta tunjuk ajar ustaz…terima kasih…

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Cubalah sebaik mungkin mengikut kemampuan anda untuk menghilangkan apa-apa yang menghalang daripada air sampai ke kulit.
      Kalau ada sedikit yang terlepas pandang dan disedari sebelum sembahyang, boleh “ditampal” air wuduk pada tempat yang tidak kena air itu.

  13. firdaus Says:

    Assalamualaikum ustaz…
    baru2 ni tangan sy telah dijilat dengan anjing jiran…semasa saya menyamak tangan saya dgn air tanah 1&air mustakmal7x….saki baki air yg telah saya gunakan mbasuh pada tangan mengenai kaki dan seluar saya….adakah seluar dan kaki saya juga sudah terkena najis tersebut???adakah perlu saya menyamak kaki dan seluar tersebut???Mohon tunjuk ajar kpd saya yg jahil ni ustaz…terima kasih….

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Sebenarnya yang najis adalah mulut atau air liur anjing. Sepertimana diterangkan dalam kitab Jawi “apabila basah bertemu basah ia adalah najis”, dan “jika kering bertemu kering, tidak najis”.

      Tidak perlu membasuh seluar dan kaki itu, sebenarnya samak itu hanya sunat sahaja dan boleh mematikan kuman. Cukup dibasuh dengan air biasa sebanyak 3 kali. Ada saya terangkan di sini:
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/11/03/tentang-anjing/

      • firdaus Says:

        najis adalah pada mulut dan air liur anjing..Bagaimana yg dimaksudkan basah dgn basah tu ustaz….jika bulu dan kulit anjing itu basah pun dikira najis ke ustaz???bagaimana klu kita kering dan anjing itu basah??adakah dikira najis juga??……
        -oo br saya tahu…maknanya samak mengunakn air tanah adalah sunat….cuma cukup hanya membasuh dgn air sebanyak 3 kali sudah dikira bersih ye ustaz???masyallah islam itu mudah dan sempurna sifatnya….

  14. carlos Says:

    Ketika berkerja , kita guna tandas awam , kadang kadang mungkin terkena kencing walaupun kita berhati- hati . Kemudian kita ambil air sembahyang dan sembahyang . Sah ke wuduk ? atau batal sembahayang kerana wuduk tak sah?

    • sulaiman Says:

      Kalau najis itu sedikit misalnya sebesar duit 1 sen, ia dimaafkan dalam mazhab Syafie. Manakala mazhab hanafi memaafkan najis sehingga satu perempat pakaian.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: