Bisnes selamat azab neraka

As-Saff [10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Perniagaan atau bisnes yang disebutkan dalam ayat di atas terbahagi kepada 3 perkara.

1.Beriman kepada ALLAH yang ESA.

ALLAH itu ESA yang sebenar-benar ESA iaitu satu pada ZAHIR dan satu pada BATIN (pada akal kita). Tidak seperti biji sawi. Hanya esa pada zahirnya, tetapi boleh dibelah atau dipotong-potong pada akal manusia. ALLAH tetap tunggal pada zahir dan pada akal manusia. Tidak sama pelukis dengan lukisannya,demikian ALLAH dan makhluk ciptaannya, Allah adalah original, makhluknya hanya tiruan.

2.Beriman kepada RASUL.

Dari 124,000 nabi, hanya 313 adalah rasul dan 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu  pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan.

Kalimah Allah dan Muhammad bercantum di dalam kalimah syahadah. Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan dilidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”. Kita hendaklah percaya dan yakin dengan Rasul dan risalah yang di bawanya adalah benar.

3.BERJIHAD dengan HARTA dan DIRI.

Hanya dikira jihad sekiranya diistiharkan perang oleh ketua negara bagi mempertahankan Islam, negara dari serangan musuh. Tanpa perisytiharan oleh ketua negara tidak dikira jihad. Berjihad adalah bertujuan meninggikan agama Islam dan menegakkan hukum Islam.

Jihad (khusus kepada perang) terbahagi kepada dua. Pertama, Fardhu kifayah – wajib bagi sekumpulan lelaki seperti tentera. Kedua Fardhu Ain – bagi lelaki dewasa bila ada kerahan dari pihak kerajaan.

Berjihad yang terbaik adalah dengan kedua-dua perkara iaitu dengan harta dan nyawa.

Syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh di medan peperangan. Di dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah gugur segala dosa mereka.

Di dalam mazhab Hanbali, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah.

Baqarah [154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Ali-Imran [169] Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Di dalam mazhab Hanafi, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan tetapi perlu di sembahyang jenazahkan sebagai penghormatan kepada orang Islam.

Advertisements

Satu Respons to “Bisnes selamat azab neraka”

  1. wana93 Says:

    tengkiu ats inf0 dan pengetahuan yg amt2 bermanfaat nie..
    ;p


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: