Puasa Ramadhan

Puasa berasal dari perkataan “puas” dari bahasa sanskrit yang bermaksud tahan….iaitu menahan (IMSAK dalam bahasa Arab) diri dari makan, minum dan seks di siang hari.

Puasa bermula dari waktu Subuh (Subuh adalah permulaan Sembahyang siang) dan bukannya waktu Imsak. Waktu Imsak adalah waktu yang biasanya Nabi kita berhenti makan, kira-kira 10 minit sebelum Subuh. Sekiranya terlambat bangun, masih boleh bersahur selagi azan Subuh belum habis dilaungkan.

Niat

Kaedah niat berpuasa ialah “niat puasa sebelum mula berpuasa” seperti selepas Maghrib atau semasa waktu Sahur, sebelum Subuh.

Perbezaan Cara dan Waktu Niat Puasa Ramadhan Dalam 4 Mazhab.

  • Syafie – niat pada waktu Malam. Niat puasa “Aku puasa esok hari kerana Allah Taala“.
  • Hanafi – niat pada waktu Malam, tetapi jika terlupa niat pada waktu malam, boleh niat pada waktu siang asalkan sebelum gelincir matahari. Jika niat siang hari “Aku berpuasa pada hari ini kerana Allah Taala
  • Maliki – boleh berniat untuk puasa sebulan pada malam 1 Ramadahan.” Aku berpuasa sebulan Ramadhan kerana Allah Taala

Boleh juga digabungkan semua niat di atas.

Kontrak Puasa

Ramadhan ialah satu kontrak yang ditawarkan oleh Allah yang sangat besar tawaran dan ganjarannya. ” Wahai manusia telah datang sekarang satu bulan yang mulia ( agung ), bulan yang paling berkat yang mana terdapat di dalamnya suatu malam yang sangat besar kelebihannya daripada seribu bulan. Di bulan inilah Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa dan menjadikan sembahyang malam (terawih) sebagai amalan sunat pada malam itu.

Matlamat Puasa

Al-Barqarah [183] [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.

“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.

Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar. Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.

Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Matlamat puasa bukanlah tidak makan atau minum

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka Allah tidak berhajat kepadanya meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Imam An-Nasai’e dan Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.

Kenapa puasa itu “dikatakan” susah?

Kerana puasa boleh melakukan aktiviti lain dan bekerja seperti biasa.Berbeza dengan sembahyang, kita tidak boleh melakukan aktiviti lain. Kerana susah menjaga pahala puasa dari siang sampai ke malam. Seperti air batu (Ais), jika dibiarkan tanpa dijaga dan diletakkan dalam peti ais, lama kelamaan ia akan cair.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Puasa Ramadhan”

  1. admin Says:

    Tuan admin, maaf kerana saya telah insert youtube code di sini. Sebenarnya tujuan saya hanyalah untuk berkongsi idea bahawa ruangan komen boleh dimasukkan embeded object. Sila delete sekiranya video ini tidak bersesuaian.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: