Bumi ini testing ground untuk kita

Allah menciptakan bumi ini sebagai “testing ground” untuk kita, untuk kita mengetahui apa yang kita telah lakukan semasa hidup di dunia. Kalau Allah mahu, DIA boleh saja memasukkan kita terus samada ke syurga atau ke neraka.

Dari Syafi Al-Ashbahi dari Abdullah bin Amr, dia bercerita. Rasulullah pernah keluar menemui kami dan di tangannya terdapat dua kitab (senarai). Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu dua kitab apa ini?” Kami menjawab, “Tidak, kecuali engkau memberi tahu kami, ya Rasulullah.” Untuk kitab yang berada di tangan kanannya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab dari Tuhan semesta alam Tabaraka wa ta’ala yang mencatat nama-nama para penghuni syurga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka. Kemudian Dia menetapkan dengan tidak menambah atau mengurangi selama-lamanya.” Sedangkan untuk kitab di tangan kirinya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab untuk para penghuni neraka yang mencatat nama-nama mereka dan juga nama-nama nenek moyang mereka. Lalu Dia menetapkannya dengan tidak menambah atau mengurangi dari mereka untuk selama-lamanya.”

Kemudian para sahabat Rasulullah saw. bertanya, “Kalau begitu untuk apa kita beramal jika itu tidak ada manfaatnya?” Rasulullah saw. menjawab, “Teguhkan dan dekatkan lah, kerana penghuni syurga telah ditetapkan baginya amal penghuni syurga, meskipun dia berbuat amalan apa saja. Sedangkan penghuni neraka telah ditetapkan baginya amal penghuni neraka meskipun dia mengerjakan amalan apa saja.” Lalu Rasulullah saw. mengangkat tangannya serta berkata, “Golongan ini masuk syurga.” Kemudian beliau mengangkat tangan kirinya serta berkata, “Dan golongan ini masuk neraka.”

[Diriwayatkan Imam Tarmidzi dari Qutaibah dari Laits Abu Qubaili dari Syafi. Dan dari Qutaibah dari Bakr bin Nashr dari Abu Qubail. Dalam Hal ini Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih gharib. Juga diriwatkan Imam Nasa’i dan Imam Ahmad.]

Allah mahu kita melihat dan mengira sendiri apakah amalan kita melayakkan kita untuk ke syurga atau neraka.

Al-Isra [14] (Lalu Kami perintahkan kepadanya): bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan).

Bumi ini jugalah yang menjadi saksi di hari Kiamat nanti tentang amalan kita.

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

2 Respons to “Bumi ini testing ground untuk kita”

  1. awanaaasha Says:

    Assalamualaikum,
    selepas hidup di bumi manusia akan ke alam barzakh sementara menanti penantian hari kiamat dimana semua amalan di hitung. adakah di alam barzakh juga manusia di masukkan ke dalam syurga atau neraka? atau menunggu penantian hari kiamat untuk ditentukan syurga atau neraka.
    wassalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Semasa di alam barzakh, manusia akan didedahkan kepada nikmat syurga atau bahang api neraka.

      Ghafir [46] Mereka didedahkan kepada bahang api Neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api Neraka yang seberat-beratnya!

      Dalam satu hadith disebut, kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama. Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Azab kubur adalah azab yang halus. Selain dari azab halus, ada juga nikmat halus. Kubur itu satu taman dari taman syurga atau satu gaung dari gaung neraka (Al-Hadith). Terpulanglah kepada keadaan seseorang. Kitalah yang membentuknya.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: