Disiplin Puasa Ramadhan dan Zakat Fitrah

Disiplin Puasa Ramadhan

Jagalah semua disiplin-disiplin dibulan Ramadahan agar kita mendapat rahmat (10 pertama), keampunan (10 kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 terakhir).BULAN Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:-

1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.

2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:-

a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik.

b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang

c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik.

d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tapi tiada pahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.

Puasa yang rugi

Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.

Perjuangan

Oleh itu berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin dibulan Ramadahan, selain dari makan, minum, seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia agar kita mendapat rahmat (10 Ramadhan pertama), keampunan (10 Ramadhan kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka(10 Ramadhan terakhir)

Bulan Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.(Riwayat Ibn Khuzaimah)

Zakat fitrah.

Bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kita dan “accident” atau kesalahan seperti tidak menjaga mata dari melihat perempuan, menonton tv. Zakat fitrah itu memberi kekuatan untuk ibadat itu naik ke langit dan dipersembahkan kepada ALLAH. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas yang menyebut;

“Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin”. (Riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim)

Bayarlah mengikut kemampuan..bayar lebih kalau kita orang berada kerana kadar yang ditetapkan oleh pejabat agama adalah mengikut purata.Contohnya kalau kadar zakat RM4.70 dan kita tinggal di rumah banglo, makan beras yang mahal, maka bayarlah RM5 atau lebih.

Zakat fitrah afdal dibayar dipagi raya sebelum solat hariraya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya. Dizaman Rasulullah s.a.w., zakat fitrah terus diagihkan kepada orang miskin selepas Sembahyang Hari Raya.

Jika dibayar selepas sembahyang hariraya pun masih sah cuma pahalanya seperti pahala sedekah sahaja. Elok juga bayar awal untuk mengelakkan kesesakan dan lambat sembahyang hari raya.

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain (Riwayat Abu Daud).

Dikirim dalam Puasa, Ramadhan. 3 Comments »

3 Respons to “Disiplin Puasa Ramadhan dan Zakat Fitrah”

  1. shafifah Says:

    Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg

  2. Hari Raya Aidil Fitri (Fitrah) « Nasbun Nurain Says:

    […] Selepas Sembahyang Hariraya Aidil Fitri atau Hariraya Fitrah, kita akan diampunkan dosa dan kembali kepada fitrah iaitu keadaan asal kita yang tidak berdosa Insya Allah sekiranya disiplin puasa kita jaga dan zakat fitrah kita tunaikan. […]

  3. Tingkatkan Prestasi 10 Akhir Ramadan « Nasbun Nurain Says:

    […] orang yang warak di 10 terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan penjagaan pantang larang serta disiplin Ramadan. Perkemaskan ibadah puasa di 10 akhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: