Hari Raya Aidil Fitri (Fitrah)

Waktu Sembahyang Hari Raya

Sembahyang hariraya Aidil Fitri boleh dilakukan mulai selepas naik matahari dan berakhir pada waktu zohor mengikut persetujuan ramai. Kalau ramai orang membayar zakat fitrah pada pagi itu , ia boleh dilewatkan dan tidak semestinya dikerjakan pada pukul 8, asalkan sebelum masuk waktu Zohor.

Hukum Sembahyang Hari Raya

Dari segi hukum, 3 mazhab menghukumkan sunat sembahyang Hari Raya kerana Nabi tidak pernah mewajibkannya kecuali mazhab Hanafi yang mewajibkan sembahyang Hari Raya kerana Nabi tidak pernah meninggalkannya. Kalau kita niat sunat dapat maka Insya Allah dapat pahala sunat, dan jika diniat fardhu dapat pahala fardhu kerana setiap amalan diberi pahala berdasarkan niat.

Wajibkah sembahyang Jumaat pada Hari Raya?

3 Mazhab mewajibkannya kecuali Mazhab Hanafi tidak wajib sembahyang Jumaat (dikecualikan) pada Hari Raya kerana sudah ada 2 khutbah dalam sembahyang Raya. Cuma perlu dilakukan Sembahyang Zohor.

Bagaimana cara sambutan hari raya?

Dengan Sembahyang hari raya dan bertakbir. Selepas Sembahyang Hariraya Aidil Fitri atau Hariraya Fitrah, kita akan diampunkan dosa dan kembali kepada fitrah iaitu keadaan asal kita yang tidak berdosa Insya Allah sekiranya disiplin puasa kita jaga dan zakat fitrah kita tunaikan. Cantikkan hari raya dengan bertakbir. Selain itu bermaaf-maafan antara satu sama lain dan ziarah-menziarahi antara satu sama lain.

Bermaaf-maafan di Hariraya

Mengikut mazhab As-Syafie, hendaklah disebutkan kesalahan yang dilakukan semasa bermaaf-maafan, manakala mengikut mazhab Hanafi tidak perlu disebutkan kesalahan yang dilakukan, cukup sekadar meminta maaf secara am sahaja.

Takbir Sembahyang Hari Raya

7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua mengikut mazhab Syafie. Manakala mazhab Hanafi melakukan 3 takbir pada setiap rakaat. Ada juga mazhab yang tidak mengangkat tangan semasa takbir, jadi jangan pula ingat mereka ini salah. Sembahyang juga masih sah sekiranya tidak dibaca apa-apa bacaan diantara takbir.

Takbir Hari Raya

Bagi HariRaya AidilFitri, dibolehkan bertakbir selama 5 waktu sembahyang sahaja (1 hariraya bersamaan 5 waktu). Misalnya dimulai selepas Maghrib, diikuti Isya’, Subuh, Zohor hingga selepas Asar sahaja. Manakala takbir Hai Raya AidilAdha boleh dilakukan selama 4 hari.

Salahkah menziarahi kubur pada hari raya?

Tidak salah menziarahi kubur pada hari raya. Dalam satu hadith disebutkan tentang ziarah kubur secara umum, tidak dinyatakan bila-bila masa. Maka ziarahlah kamu kerana sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi). Bermaksud boleh ziarah secara mutlak, tidak kira masa/hari (siang,malam hari Jumaat dan sebagainya). Tidak semestinya kita bersedih semasa menziarahi kubur, kita boleh juga melahirkan kegembiraan pada hari raya dengan melawat kubur arwah datuk nenek kita.

Memakai baju raya

Kata Ibnu Hajar dalam Kitab Tanbihul Akhbar:

Sunat pada hari raya memakai yang hijau dari yang putih…

Hari raya yang paling hebat adalah apabila memasuki syurga. Ahli syurga memakai pakaian berwarna hijau.

Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam……..( Al-Kahfi, Chapter #18, Verse #31)

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.( Al-Rahman, Chapter #55, Verse #76)

Memandang yang hijau juga adalah satu perkara yang menajamkan mata.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Hari Raya Aidil Fitri (Fitrah)”

  1. shafifah Says:

    Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: