Beriman kepada Nabi yang Ummi

Al-A’raf [158] katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.

aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya,

Nabi Muhammad adalah orang suruhan Allah swt, sebagai pesuruh, nabi hanya menyampaikan apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan. Begitulah amanahnya Nabi kita.

(di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi,

tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;

Dialah “Dia” yang sebenar-benarnya. Berbeza dengan manusia, kita menyebut “dia” apabila manusia itu tidak ada di hadapan kita, apabila dia ada di hadapan, kita memanggilnya “kamu”. Dalam bahasa Arab disebut ‘HU” seperti dalam Huwallah (Dialah Allah). Ahli tarikat juga ada mengamalkan zikir ‘HU’ seperti “Allahu”

Dialah tuhan yang ESA. ESA yang sebenar-benarnya ESA, pada zahir dan pada batin. Atom atau biji sawi cuma esa (satu) pada zahir sahaja, tetapi masih boleh dibelah dan dibahagi-bahagikan pada batin melalui akal iaitu imaginasi. Allah tidak boleh dibahagi-bahagikan zatnya samada secara zahir atau secara batin.

Yang menghidupkan dan mematikan.

Dia jugalah yang memberikan nyawa kepada semua makhluknya sesuai dengan keperluan mereka. Allah menyempurnakan kejadian manusia sepertimana enjin kereta disesuaikan dengan “body”nya. Di dalam ayat yang lain:

As-Shams [7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya itu nyawa atau ruh melainkan Allah. Nyawa itu bukan hanya terletak dijantung, malah ia sampai keseluruh badan. Nyawa umpama letrik. Apabila sampai masanya, nyawa diambil, mayat manusia akan berbau sepertimana daging atau sayur di dalam peti ais yang tiada letrik.

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya)

Kaum Quraisy mengatakan Nabi Muhammad saw menulis Al-Quran pada waktu malam dan membacanya di siang hari, padahal Baginda tidak pernah belajar membaca dan menulis.

At-Tur [33] (Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: “Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu”. (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!

Al-Ankaboot [48] Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

Walaupun Nabi Muhammad ummi (buta huruf) tetapi beliau seorang “intelek”.Salah satu sifat Nabi ialah cerdik (Fatonah). Ramai orang-orang dahulu yang cerdik pandai walaupun tidak sekolah tinggi, masuk universiti. Malah mereka mampu mencipta peribahasa yang berkualiti seperti Gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati ditengah (Kalau ada 2 tuhan, matilah kita manusia)

dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.

Ikutilah Nabi yang Ummi ini samada perbuatannya atau perkataannya kerana dia adalah contoh ikutan.Kita perlu menghormati Rasulullah s.a.w. dan menerima Baginda sebagai seorang ketua untuk dituruti dan duta Allah kepada semua umat Islam.

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Nabi Muhammad s.a.w. juga tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Satu Respons to “Beriman kepada Nabi yang Ummi”

  1. shafifah Says:

    Jadual Majlis Haul Imam Al Haddad 2009 klik : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/haul.jpg


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: