Nafsu

Nabi Yusuf mengatakan bahawa Baginda tidak gerenti dengan ujian nafsu. Seorang bakal Nabi pada masa itu pun tidak gerenti boleh mengawal nafsunya melainkan Allah telah kasihan belas terhadapnya dan bantunya mengawal nafsu:-

Yusuf [53] Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Nafsu terhasil dari darah, dan darah terhasil dari makanan yang dimakan. Nafsu subur apabila makanan masuk kedalam badan.Puasa pula dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah taqwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Mereka yang mendalami ilmu tarekat memecahkan kategori nafsu ini sehingga kepada 5 dan 7 bahagian. Secara kasarnya, nafsu terbahagi kepada 3:-

1. Nafsu Ammarah (kebanyakannya dimiliki olej pemuda-pemudi). Pemilik nafsu jenis ini, jika ia tidak di “kontrol” akan membawa ke neraka.

2. Nafsu Lawwamah. Nafsu yang ingin melakukan kebaikan, tetapi ia selalu gagal, samada dengan sebab diajak oleh kawan-kawannya atau lain-lain sehingga ia melakukan pula kejahatan yang memang tidak disukainya. Lalu ia mengutuk dirinya dan menyesal “kenapalah aku buat perkara jahat ini”. Pemilik nafsu jenis ini berada di tengah-tengah dan lebih baik dari yang pertama disebabkan penyesalan dan kutukan ke atas kejahatannya itu. Pemilik nafsu ini jika ia benar-benar berjaya dengan penyesalan, kutukannya itu boleh membawanya ke syurga.

Al-Qiyamat [2] Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!

3. Nafsu Muthmainnah. Nafsu yang biasanya dimiliki oleh orang-orang tua, ahli ibadat tetapi ia boleh dimiliki oleh sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya. Pemiliknya akan memasuki syurga.Pemuda yang asyik beribadat, bermasyarakat secara bertanggungjawab tahu tugasnya sebagai seorang Islam, apa yang patut dilakukan dan sebaliknya. Mereka juga boleh memiliki (nafsu muthmainnah) seperti yang dimiliki mereka yang telah berumur.

Al-Fajr [27] (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya![

28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

[29] Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

[30] Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

Setiap orang mempunyai kelemahannya. Ada yang tewas bila diuji dengan perempuan, ada yang tewas dengan wang, ada yang tewas dengan arak dan sebagainya. Kata orang luar “setiap orang boleh dibeli cuma harga dan cara saja berbeza. Oleh itu kenalpasti kelemahan kita agar tidak terpedaya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: