Kesabaran Nabi Ayyub

Saad [44] Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.

Nabi Ayub dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang. Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.

Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, syaitan berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat keimanannya.

Syaitan berkata kepada Allah s.w.t: “Ya Rabbi, hamba-Mu Ayub sedang menyembah-Mu dan menyucikan-Mu namun, ia menyembah-Mu bukan kerana cinta, tapi ia menyembah-Mu kerana kepentingan-kepentingan tertentu. Ia menyembah-Mu sebagai balasan kepada-Mu kerana Engkau telah memberinya harta dan anak dan Engkau telah memberinya kekayaan dan kemuliaan. Sebenarnya ia ingin menjaga hartanya, kekayaannya, dan anak-anaknya. Seakan-akan berbagai nikmat yang Engkau kurniakan padanya adalah rahsia dalam ibadahnya. Ia takut kalau-kalau apa yang dimilikinya akan binasa dan hancur. Oleh kerana itu, ibadahnya dipenuhi dengan hasrat dan rasa takut. Jadi, di dalamnya bercampur antara rasa takut dan tamak, dan bukan ibadah yang murni kerana cinta.”

Riwayat tersebut mengatakan bahawa Allah s.w.t berkata kepada syaitan: “Sesungguhnya Ayub adalah hamba yang mukmin dan sejati imannya. Ayub menjadi teladan dalam keimanan dan kesabaran. Aku membolehkanmu untuk mengujinya dalam hartanya. Lakukan apa saja yang engkau inginkan, kemudian lihatlah hasil dari apa yang engkau lakukan.”

Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis. Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Kemudian diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, syaitan merobohkan bumbung rumahnya dan anak-anak nabi Ayub mati tertimbun keruntuhan itu. namun beliau masih bersabar dan pada masa sama memupuk ketakwaan pada Allah. Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.

Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. . Badannya pula dimakan ulat. Baginda berdoa kepada Allah supaya hati dan lidahnya jangan dimakan oleh ulat tersebut kerana baginda hendak beribadat kepada Allah s.w.t.

dan sesungguhnya nabi Ayub a.s merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah s.w.t ,kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berzikir kepadaNya.

Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata:

Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani“. (Surah Al-Anbiya’ : ayat 83).

Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan:. saad [42] Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin). Dalam riwayat diceritakan bahawa ulat yang lekat di tubuh Nabi Ayyub Alayhi as-Salaam itu jatuh ke bumi, yang jatuh ke darat menjadi lebah penghasil madu, manakala yang jatuh ke laut menjadi gamat.

Pada hari Kiamat kelak, ada beberapa golongan manusia yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia. Apabila ditanya kenapa kau meninggalkan solatmu? Kerana derita sakitmu? Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub?  Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya.

Dikirim dalam Uncategorized. Label: . 1 Comment »

Satu Respons to “Kesabaran Nabi Ayyub”

  1. shafifah Says:

    Ceramah dan Ratib al Attas
    Ceramah dan Ratib al Attas

    Time: October 31, 2009 from 7pm to 10pm
    Location: Masjid UKM
    Street: Jalan Utama
    City/Town: Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Organized By: AJK Masjid UKM & Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia

    Assalamualaikum,
    Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Majlis Ceramah dan mengenal Ratib Al-Attas yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Habib Hassan bin Muhammad bin Salem Al-Attas (Imam Besar Masjid Ba’alawee S’pore)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: