Syaitan teman yang menyesatkan

Ada Az-Zukhruf [36] Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Disebut dalam hadith, dalam badan manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat mempengaruhi manusia itu, maka baiklah dia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban).

Sebenarnya syaitan hanya mengambil peluang di atas nafsu yang tercetus. Nafsu subur melalui darah yang terhasil dari makanan. Kerana itu kita disuruh berpuasa untuk melemahkan nafsu.

Bila Allah tanya mengapa Syaitan menggoda manusia, mereka tak mengaku mengoda.

Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.

Awal-awal lagi Allah telah bagi ‘warning’:

Qaf [28] Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).

Syaitan juga mengatakan fala talu mu ni, walu mu an fusihim (jangan cela aku, cela dirimu sendiri):

Ibrahim [22] Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

Oleh itu kita hendaklah mengambil berat tentang hukum-hakam Islam dan mendalami ilmu Islam melalui pengajian agar tidak mudah dipengaruhi oleh syaitan yang cepat menyesatkan. Hadirlah kelas-kelas, ceramah agama kerana di dalamnya terdapat malaikat yang mendoakan kita, selesai majlis ilmu tersebut dosa mereka yang hadir akan diampunkan sekalipun mereka tidur di dalamnya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: