Sembahyang Sunat Sebelum Zohor

>Antara kelebihan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum fardhu zohor ialah tidak dimasukkan ke dalam neraka, terbuka pintu syurga untuknya dan diberi pahala sembahyang tahajjud kepadanya. Biasanya Rasulullah melakukan sembahyang sunat sebelum Zohor secara 4 rakaat 1 salam.

Daripada Ummu Habibah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memelihara empat rakaat sebelum sembahyang Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka.” (tidak dimasukkan ke dalam neraka)

Rasulullah SAW bersabda,“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat empat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)

Empat rakaat sebelum zohor sama pahalanya dengan empat rakaat solah tahajjud.

Bagaimana pula sembahyang sunat sebelum Fardhu Jumaat?

Sukar untuk mendapatkan hadith yang sahih tentang sembahyang sunat sebelum Jumaat. Ada sebuah hadith marfu’ dari Abdullah Bin Mas’ud yang menunjukkan Rasulullah sembahyang 4 rakaat di rumah sebelum keluar untuk sembahyang Jumaat. Namun hadith ini hanya sampai setakat pengetahuan beliau sahaja (Abdullah Bin Mas’ud).

Imam-imam mazhab berpendapat sekiranya tiada bukti yang menunjukkan adanya sembahyang sunat sebelum Jumaat, maka kembalilah kepada sembahyang sunat qabliyah (sebelum) Zohor. Mazhab Syafie berpendapat sembahyang sunat sebelum Zohor adalah 2 rakaat manakala mazhab Hanafi memilh 4 rakaat, masing-masing mempunyai dalil mereka.

15 Respons to “Sembahyang Sunat Sebelum Zohor”

  1. Kepentingan sembahyang sunat « Nasbun Nurain Says:

    […] 4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor […]

  2. easys2 Says:

    Salam,
    1-bagaimana pula yang melakukan solat sunat sebelum insya’ 2 rakaat dan 2 rakaat slps insya’?
    2- solat sunat zuhur nabi melakukan 4 rakaat sblm zohor? bagaimana pula dgn hadis Nabi s.a.w. yg solat 4 rakaat slps zohor tu?

  3. easy Says:

    salam,
    untuk solat sunat sebelum zohor tu 2 rakaat – 2 rakaat jugak ker?

  4. easy Says:

    salam,,
    tuk solat sunat selepas insya’ 4 rakaat dgn 2 salam. bagi 2 rakaat selepas witir tu kita nk niat pe ya? macam mn?

  5. easy Says:

    salam.
    1-saya masih confius la pasal solat sunat 2 rakaat sblm insya’ tu???
    2- solat sunat slps insya’ 4 rakaat selepas witir adalah 2 rakaat. tp bukankah witir adalah penutup dah.. sbb sy tanya kwn sya dia kata solat witir adalah solat penutup, blh solat witir tp kena tdo dlu than bangun pah solat la. apa pndpat anda?

  6. sulaiman Says:

    Salam,

    Betul, dalam hadith disebut “witir adalah penutup solat malam”. Maksud solat malam dalam hadith ini ialah Isyak. Witir itu penutup solat selepas solat Isyak.

    Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ (sebelum tidur) dan tengah malam selepas tahajjud (selepas bangun tidur).

    Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/12/01/sembahyang-witir/
    Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.

  7. easy Says:

    salam saudara,
    saya masih tertanya2 yang mn lebih btul ni.. bila saya rujuk pada website len, len plak kenyataannya. solat rawatib seperti web
    http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_RAWATIB

  8. sulaiman Says:

    Salam, semua betul cuma perlu pada penjelasan.

    Ada 2 pendapat tentang solah Rawatib ni.

    Dalam mazhab Syafie jumlah bilangan rakaat rawatib yang muakkad (dituntut) ialah 10.

    Dalam mazhab Hanafi jumlah bilangan rakaat rawatib yang muakkad (dituntut) ialah 12.

    Bezanya pada solah sunat sebelum Zohor, Syafie memilih 2, Hanafi memilih 4 rakaat (semua ada dalil)

    Selain itu hukum sembahyang sunat sebelum Isyak adalah tidak muakkad (tidak dituntut) kerana Rasulullah s.a.w. tidak melakukannya.

  9. easy Says:

    salam,,
    terima kasih.. skrg baru sy faham.

  10. Tanpa Nama Says:

    Salam , sya nk tya , yg solat sunat 4 rakaat sblm zohor uh kira silat qobliah laa ..?bkan sblm msk wktu zohor


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: