Sembahyang Witir

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) solahmu pada waktu malam dengan solah witir.” (Bukhari – Muslim).

Witir Penutup Solah Malam

Solah malam disini maksudnya Isyak dan bukannya solah Tahajjud kerana Solah Isyak adalah solah malam yang rasmi selain solah Maghrib. Selain itu Rasulullah juga melakukan solah sunat 2 rakaat secara duduk selepas solah witir dengan membaca Surah Zalzalah dan Al-Kafirun.

Ummu Salamah ra menerangkan, “Bahawasanya Nabi pernah mengerjakan 2 rakaat lagi sesudah witir.”[HR at-Turmudzi dan disahihkan oleh ad Daruthny]

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Majah terdapat perkataan, “sedang Nabi mengerjakan sembahyang itu sambil duduk.”

Adapun pada 2 rakaat sesudah solat Witir, beliau biasanya membaca surah Zalzalah dan Surah A-Kafiruun. (HR Ahmad, Ibnu Nashr, Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan shahih).

“Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda”

Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah.

Witir Sebelum Tidur Atau Selepas Bangun

Ada 2 jenis solat witir yang dilakukan olah Rasulullah s.a.w. iaitu sejurus selepas Isya’ (sebelum tidur) dan tengah malam selepas bangun untuk solah tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar r.a. juga melakukan solat witir diawal malam iaitu selepas solat Isyak dan sebelum tidur.

Rasulullah s.a.w. melarang melakukan witir 2 kali, misalnya 1 sebelum tidur dan satu selepas tidur. Jika kita ingin bangun untuk melakukan tahajjud, tidak perlu diulangi witir yang telah dilakukan atau tangguhkan witir itu hingga selepas solah tahajjud.

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Hukum Sembahyang Witir

3 mazhab menghukum solah witir sebagai sunat, manakala mazhab Hanafi mewajibkannya kerana terdapat perkataan “hak” di dalam hadis diatas. Di dalam hadith yang lain:-

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solah) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

Apapun yang pentingnya ialah melakukannya dan bukanlah hukumnya semata-mata. Setiap ilmu haruslah diikat dengan perbuatan, barulah ianya melekat di hati. Lagipun Allah suka sekali kepada yang witir.

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Beza Witir 3 Rakaat Mazhab Hanafi Dan Mazhab Syafie
Mazhab Syafie memilih melakukan solah witir secara 2 rakaat kemudian memberi salam selepas tahiyyat lalu menyambung lagi 1 rakkat

Dalam mazhab Hanafi pula dilakukan Solah witir 3 rakaat 1 salam, iaitu menyambung terus 1 rakaat selepas tahiyyat awal (bangun tanpa memberi salam).Mereka berpendapat witir 1 rakaat itu sudah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ulama Mazhab Syafie memilih 2 rakaat + 1 rakaat kerana hendak membezakan solah witir daripada solah maghrib seperti dalam hadith  “Janganlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni)

Ulama mazhab Hanafi pula berpendapat witir memang berbeza daripada Maghrib kerana 3 sebab:

1)  Bacaan surah selepas Fatihah dibaca dalam ketiga-tiga rakaat witir, tetapi hanya dibaca pada 2 rakaat pertma dalam waktu maghrib

2) Bacaan fatihah dan surah dalam solah witir dibaca secra nyaring (kuat) pada ketiga-tiga rakaat , sedangkan dalam waktu Maghrib hanya pada 2 rakaat pertama sahaja.

3) Solah witir hanya boleh dilakukan secara berjemaah pada bulan Ramadhan sahaja, manakala Maghrib sepanjang tahun

5 Respons to “Sembahyang Witir”

  1. easy Says:

    salam,
    lau kita solat witir tp nk solat berjemaah dengan orang yang sembahyang tarawih. bOleh ker?

  2. sulaiman Says:

    Salam,

    Dalam mazhab Syafie dibolehkan makmum sembahyang berlainan daripada imam. Mereka berdalilkan Rasulullah s.a.w. sendiri sembahyang fardu berimamkan malaikat Jibril yang sembahyang sunat.

  3. Beramal Mengikut Kemampuan dan Konsisten | Nasbun Nurain Says:

    […] Sebagai contoh, konsistenlah dalam melakukan solat sunat Rawatib (sunat mengiringi Fardu) samada 10 atau 12 rakaat bagi menampung kekurangan solat Fardhu kita dan konsistenlah dalam melakukan sunat-sunat yang lain iaitu tahajjud, dhuha, isyra‘, awwabin dan solat witir. […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: