Buat baik kepada Ibu Bapa

Hadith dari Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka. Dalam sebuah hadith disebut: “Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu“.

Syurga di bawah tapak kaki ibu

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

Jangan kamu benci kepada bapamu.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran (kufur nikmat) Kufur nikmat dalam hadith ini bermaksud tidak mengenang jasa ibubapa yang membelanya sejak dari kecil.

Advertisements
Dikirim dalam Ibubapa. Label: . 2 Comments »

2 Respons to “Buat baik kepada Ibu Bapa”

  1. 4 Jangan « Nasbun Nurain Says:

    […] 1) janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa. […]

  2. Bicara seorang ibu, kepada seorang ibu | My Blog Says:

    […] Seorang ibu, mama, atau biasa anak-anakku panggil Mak sahaja… akan mengenal hati seorang ibu.. Teringat tak semasa mengandung, melahirkan dan sehingga sekarang membesarkan anak. Bila sudah menjadi ibu kita sebenarnya lebih menghargai pengorbanan ibu kita. Baru tahu perasaan seorang ibu membesarkan anaknya, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak kita, kalau bole nak sahaja duduk rumah tapi aku tak faham orang yang buang anak nie,  kadang-kadang tu terlebih layan anak dari suami, opss sorry la ayah, pengorbanan seorang ibu memang tiada tandingan dan memang tidak boleh dibalas kembali. Rasullah pun menyuruh umatnya melebihkan ibu sebanyak tiga kali melebihi ayahnya dan memang pat… […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: