Kepentingan sembahyang sunat

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia  Lebih Mengetahui:  Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.

Solat sunat boleh menampung kekurangan solat fardhu seperti kurang bilangan dan kekurangan kualiti (kurang khusyuk).

2 rakaat sunat sebelum Subuh

Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepas Zohor

Ummu Habibah Radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang memelihara (mengamalkan) sembahyang sunat empat rakaat sebelum sembahyang fardhu Zuhur dan empat rakaat selepasnya nescaya Allah akan mengharamkan untuknya api neraka.” (Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi)

4 rakaat sebelum Asar

Mudah-mudahan Allah akan merahmati orang yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang fardhu Asar sebanyak empat rakaat.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah)

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang sembahyang sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (Tabrani) – tidak terbakar oleh api neraka.

2 Rakaat selepas Solat Maghrib.

Daripada Huzaifah r.a., rasulullah s.a.w. bersabda “Segeralah mengerjakan solah sunat sesudah Maghrib itu supaya dapat terangkat bersama amal solah Maghrib (Riwayat Al-Baihaqi)

4 rakaat selepas Isyak

Kata Anas r.a (Rasulullah saw bersabda) solah sunat 4 rakaat selepas fardhu Isya, seakan telah disamakan dengan malam Lailatul Qadar, demikian juga dari Siti Aisyah r.a yang dikeluarkan oleh Al Baihaqi (Khazinatul Asrar 1/27)

Sunat Rawatib yang digalakkan (12 rakaat)

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda “Sesiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.(Hadits riwayat Imam Muslim)

Sunat Dhuha

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Sesiapa yang mengerjakan (mengekalkan) sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Sunat Tahajjud

Sabda Rasullah SAW: “Semua manusia akan dikumpulkan di hari Kiamat di satu tempat. Mereka akan mendengar satu seruan yang berbunyi: `Di manakah mereka yang meninggalkan tempat tidurnya dan menghabiskan malamnya dengan beribadah. Akan ada satu golongan yang bangkit dan masuk Syurga tanpa hisab.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Kerjakanlah sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhu walaupun hanya sedikit rakaatnya tetapi secara berterusan. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

About these ads

23 Respons bagi “Kepentingan sembahyang sunat”

  1. firdaus Says:

    Assalamualaikum ustaz…
    Saya ada kemusykilan sikit ustaz……ada satu kes ni…..selepas sy solat fardhu zohor di masjid….saya pun membuat solat sunat selepas zohor….pada raakat yg kedua..tiba2 ada org dibelakang ingin menjadi makmum(tumpang jd jemaah) kepada saya…sedangkan saya sedang solat sunat ni….bagaimana hukumnya kes tersebut itu ustaz???Apakah yg harus saya buat???Apakah saya wajib menegurnya??Bagaimana cara saya ingin menegurnya??Adakah solat org yg menjadi makmum tersebut sah solatnya??Solat sy pula bagaimana..sah ke???…Mohon tunjuk ajar ustaz…..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Sah kedua-dua solat imam dan makmum dalam kes ini.
      Dalam mazhab Syafie makmum dan Imam boleh berbeza solah, iaitu seorang fardhu dan seorang lagi sunat. Menurut Tuan Guru Maulana, mazhab Syafie menggunakan dalil Rasulullah solat fardhu di belakang Jibril yang hanya solat sunat.

  2. anis Says:

    Assalamualaikum ustaz,

    apakah boleh/sesuai amalan membaca yassin beramai2 selepas Asar padahal tiada amalan sunat (sembayang sunat) pon selepas waktu asar

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      1) Boleh, yang tidak boleh cuma sembahyang sunat selepas Asar.

      2) Quran boleh dibaca beramai-ramai tetapi yang sebaiknya ada yang baca dan ada yang dengar. Jangan semua baca…

      Dan apabila Al-quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
      ( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #204)

      3) Quran itu juga adalah zikir. Allah suruh berzikir pada waktu pagi dan petang.

      Al-A’raf [205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/04/26/zikir-pagi-dan-petang/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/24/penghulu-istigfar/

      4) Baca quran beramai-ramai itu macam berzikir beramai-ramailah.

      Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…

      Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar)

      Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..

      Selain itu Baginda menyuruh para sahabat menyertai majlis mengingati Allah samada majlis zikir atau majlis ilmu.

      Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka makanlah buahnya.” Para sahabat bertanya “Apakah taman-taman syurga itu, ya rasulullah?” Beliau menjawab, “Majlis ilmu (majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) ” (HR Thabrani Targhib)

      Sesungguhnya Allah memiliki sejumlah malaikat yang tugasnya hanya berkeliling di jalan-jalan untuk mencari tempat-tempat bagi orang-orang yang berzikir.

      Malaikat “Sayyahun” adalah malaikat yang melancong dan menghadiri majlis ilmu dan zikir (majlis mengingati Allah).
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/18/hadirlah-majlis-mengingati-allah/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/05/10/kelebihan-zikir-beramai-ramai-pagi-petang/

  3. firdaus Says:

    Assalamualaikum…
    ustaz nak tanya sikit pasal rukun solat….ketika sujud adakah wajib untuk kita menemukan dahi dan hidung pada sejadah????ataupun amalan itu hanya la sunat(hai-yat) saja ketika sujud???…..minta tunjuk ajar ustaz…

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Dahi adalah salah satu anggota sujud, maka wajib menemukan dahi pada sejadah.
      Hidung pula bergantung pada mazhab, mazhab Syafie cuma sunat sahaja menemukan hidung pada sejadah. Ada mazhab yang mewajibkan.

      • firdaus Says:

        maksud ustaz….dahi wajib ditemukan pada sejadah tanpa dihalang dengan sebarang benda pun…. walaupun dgn rambut sendiri???

      • sulaiman Says:

        Mazhab syafie memang dahi kena buka (tanpa dihalang)
        Cuma saya pernah dengar tuan guru kata sah kalau sujud dengan rambut atau serban yang menutup dahi (tapi saya lupa mazhab mana, mungkin hanafi, saya kena check balik)

  4. firdaus Says:

    Assalamualaikum…..
    Ada sedikit kemusykilan ni ustaz…..kadang2 saya terlewat solat fardhu diatas perkara yg x dpt dielakn dan selepas takbir pada permulaan solat….tiba2 azan berkumandang menandakan waktu solat trsebut sudah habis dan telah masuk waktu solat berikutnya…Adakah sah solat tersebut??Perlukah sy solat semula dgn brniat qada solat tersebut?????Ada setengah pendapat mengatakn jika solat tersebut telah melebihi 1 raakat…solat tersebut sah dan boleh dihabiskan terus????benar ke ustaz???…..Mohon tunjuk ajar ustaz……

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Sah sembahyang itu, tidak perlu niat qadha.
      Kalau solat qadha sekalipun, tidak perlu sebut perkataan “qadha”.
      Tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
      Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya.
      Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita” (yang diluar waktu yang telah ditetapkan).

  5. firdaus Says:

    Maksud ustaz……x perlukan sebut perkatan qhada…..semasa berniat pada permulaan solat…..walau pun solat itu di qadha(solat diluar waktu)….confuse gak tu ustaz??….kebiasaannya sy menyebut “AdaAn”(tunai) dlm niat solat fardhu sy….. jadi bila sy qadha solat tu….sy akan menyebutkan perkataan qadha megantikan AdaAn dlm niat sy….

    Saya kurang faham la ustaz….saya faham yg solat tersebut masih sah….cuma dalam situasi sy ingin tahu… adakah solat itu masih dikira tunai/fardu……..atau dikira qadha solat???….jika dikira qadha haruskah sy menukar niat qadha? atau solat balik berniat qadha? atau teruskan solat tanpa mengubah(menukar) niat?….mohon tunjukajar ustaz……terima kasih…moga Allah merahmati uztaz…

    • sulaiman Says:

      1) Tak perlu sebut
      2) Kalau sebut pun tidak salah
      3) Dikira fardhu kalau masih dalam waktu
      4) Dikira qadha kalau di luar waktu
      5) Tak perlu tukar niat semasa sembahyang, teruskan sahaja. Allah tahu sembahyang itu fardhu atau qadha.Yang penting sembahyang.

  6. firdaus Says:

    Assalamualaikum….
    ustaz sy ada sedikit kemusykilan….baru-baru ni sy ada mengalami bengkak pada lutut…ketika hendak sujud memang agak sukar…setelah sy sujud dan duduk antara 2 sujud..sy dapati kedudukan badan sy agak terpesong/terkalih dari kiblat dan sujud seterusnya sy membetulkn kembali kiblatnya…..Dalam situasi tersebut…Adakah solat sy sah??? Mohon tunjuk ajar ustaz???..terima kasih…Moga Allah merahmati ustaz….

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Masih sah kerana itu cuma pergerakan kecil sahaja, lagipun pergerakan itu untuk membetulkan posisi ke arah kiblat dan saudara ada keuzuran.

  7. firdaus Says:

    Assalamualaikum ustaz…
    saya ada kemusykilan…baru2 ni saya ada pegi ke johor baru melawat rakan sambil bercuti….semasa di JB sy duk home stay….ketika mahu mengerjakn solat baru sy sedari arah kiblat tidak ada dlm homestay tu….sy diberi tahu arah kiblat hanya dalam telefon oleh tuan rumah…..sy pun mengikut la….pada siang waktu….sy melihat matarhr…sy dapati arah kiblat senget sedikit…macamana dgn solat yg saya buat semalam???adakah sah solat tersebut???…Minta tunjuk ajar ustaz….

    • sulaiman Says:

      Waaalaikummussalam, lari sedikit tidak mengapa kerana kiblat bagi orang yang berada di luar Mekah ialah menghala ke arah Tanah Haram (Mekah).
      Maksudnya selagi mereka menghala ke Tanah Haram, masih sah solatnya.
      Bagi yang berada dalam tanah haram, kiblat mereka ialah menghala kepada Kaabah.

  8. firdaus Says:

    Assalamualaikum…
    ustaz..Bagaimana dikatakan bergerak lebih 3 kali berturut2 membatalkn solat???Saya musykil tentang pergerakn tersebut???pergerakn bagaimana yg membatalkn solat tersebut??….mohon penerangan dari ustaz…terima kasih ustaz kerana sudi berkongsi ilmu dgn saya…

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Pergerakan yang berterusan tanpa berhenti atau pergerakan yang besar, seperti menggunakan kedua-dua tangan untuk melakukan sesuatu.

      Pergerakan yang membatalkan solat ialah pergerakan yang menyebabkan dada seseorang itu beralih daripada arah kiblat.

  9. rahmat wahyudi Says:

    assalamualaikum uztad.
    Sya nak tanye mengenai firman alloh di atas..di atas trtulis bhwa amalan sholat sunat itu bsa mencukupkan kekurangan shlt fardhu..maksudnya gimana sya kurang faham..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Solat sunat boleh menampung kekurangan solat fardhu seperti kekurangan bilangan sembahyang fardhu dan kekurangan kualiti (kurang khusyuk atau ingatan kepada Allah).

  10. Shar Says:

    Assalamualaikum,
    Solat sunat 4 rakaat sebelum dan selepas zohor boleh dibuat terus 4 rakaat 1 salam atau kena buat 2 rakaat 1 salam dan tambah lagi 2 rakaat satu salam.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..
      1) Sebelum Zohor 4 rakaat 1 salam
      2) Selepas Zohor 2 rakaat 1 salam

      • Shar Says:

        Terima kasih.
        Soalan berikutnya.
        Ada setengah penceramah berkata, solat2x sunat, seperti Rawatib, Dhuha atau Tahajud, elok dilakukan 2 rakaat, 2 rakaat, 2 rakaat dan seterusnya.
        Dalam pengajaran beliau dan seorang yg ahli dalam ilmu hadith, bagaimana Tuan Guru Maulana lakukan, contohnya Solat Dhuha 12 rakaat. Adakah dia lakukan 2 rakaat 1 salam (6 kali) ataupun 4 rakaat 1 salam (3 kali)?


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: