Nabi Isa dan Agama Kristian

Nabi Isa a.s. pernah memohon kepada Allah SWT untuk menjadi umat Nabi Muhammad (setelah mendengar tentang kelebihan umat Muhammad). Allah swt telah makbulkan permintaannya dan beliau diwafatkan iaitu ditamatkan perkhidmatannya sebagai seorang rasul dan diangkat ke langit. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya.

ALi-Imran [55] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.

Diakhir zaman, beliau akan turun sebagai umat Nabi Muhammad. Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu.” Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi’b) menerangkan dengan katanya: “Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur’an dan Sunnah Nabi kamu”

Antara satu daripada 10 tanda kiamat yang besar ialah turunnya Isa bin Maryam alaihissalam. Diakhir zaman Nabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit. “Ia memerintah selama 7 tahun“. Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak dan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

Dihari kiamat, Nabi Isa juga turut dibicarakan dimahkamah Allah.

Maidah [116] Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

Dalam perbicaraan ini, Nabi Isa mengatakan bahawa beliau tidak berhak untuk berkata demikian (bahawa dia dan ibunya adalah tuhan). Katanya lagi, kalau beliau berkata demikian, sudah pasti Allah tahu kerana Allah tahu apa dalam jiwanya sedangkan beliau tidak tahu apa dalam zat Allah. Katanya lagi, Allah mengetahui segala yang ghaib iaitu tidak perkara yang ghaib disisi Allah, cuma ghaib disisi makhluknya sahaja.

Al-Maidah [75] Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Nabi Isa manusia biasa, beliau juga makan, minum dan juga merasa penat. Dia bukan tuhan atau anak tuhan seperti didakwa Kristian. Ada sebahagian penganut Kristian menganggap Nabi Isa (Jesus) dan ibunya Mariam adalah tuhan selain dari Allah. Ada juga yang menganggap Nabi Isa itu anak tuhan dan ada yang menganggap tuhan menjelma dalam diri Nabi Isa. Allah swt tidak bertempat dan mustahil Allah boleh menjelma di dalam tubuh badan manusia. Ahli sunnah wal jamaah menghukumkan kafir kepada sesiapa yang menganggap tuhan boleh menjelma.

Raja Rom pada masa itu menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan kerana lahir tanpa bapa. Ada juga yang berpendapat Mariam itu adalah isteri tuhan kerana hamil tanpa suami. Sedangkan Nabi Adam yang tidak beribu dan berbapa tidak pula dianggap tuhan, begitu juga Siti Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam, tidak pula dianggap isteri tuhan.

Mereka juga berpendapat tuhan itu ialah bapa tuhan, anak tuhan dan rohul kudus. Mereka berpendapat tuhan yang 3 itu adalah 1 dan 1 itu adalah 3 (konsep trinity). Padahal dalam ilmu matematik sampai kiamat pun 1 tidak akan menjadi 3 dan 3 tidak akan menjadi 1. Lagipun jika benar Nabi Isa itu anak tuhan mengapa Nabi Isa perlu makan dan minum, sepatutnya sifat anak tuhan itu sama dengan bapanya. Seperti kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Mereka meminta sesuatu dari Jesus (Nabi Isa) dan bukannya kepada tuhan, seperti “Jesus, bless me” dan “Jesus, forgive me” sebagai perantaraan. Sepatutnya mereka meminta terus dari tuhan.

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

Allah swt tidak perlukan anak. Tidak seperti dakwaan Kristian bahawa Isa itu anak Tuhan. Hanya manusia yang perlukan anak untuk menyambung keturunan mereka. Tetapi Allah itu tuhan yang awal dan dialah yang akhir, tidak mati, tidak mengantuk dan tidak tidur. Jadi untuk apa Allah perlukan anak. Nabi Isa a.s. itu hamba tuhan seperti kita dan beliau hanya penyampai wahyu untuk umat dizamannya. Tempoh perkhidmatannya  sebagai seorang nabi juga sudah tamat atau “expired” seperti ubat “Panadol” yang tamat tempohnya.

Nabi Muhammmad s.a.w. adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Baginda membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired dan untuk semua bangsa. Al-A’raf [158] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya… Semua nabi itu utusan Allah dan Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis dan mereka cuma diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri.

Advertisements
Dikirim dalam Akidah, Iman. 1 Comment »

Satu Respons to “Nabi Isa dan Agama Kristian”

  1. andi muhammad Says:

    smoga membuka hati umat lain agar kembali kepada Allah SWT,


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: