Sembahyang itu hubungan peribadi manusia dengan Allah

Sembahyang itu adalah munajat, iaitu “personal contact” atau hubungan peribadi dengan Allah dan kontrak sembahyang wajib ialah 5 waktu sehari semalam. Nabi Musa perlu ke Bukit Thur untuk bermunajat kepada Allah. Umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak perlu ke mana-mana kerana mereka boleh sembahyang di mana sahaja, walaupun di rumah masing-masing untuk bermunajat kepada Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Sembahyang adalah hubungan peribadi manusia dengan Allah (hablun minallah). Apabila hubungan manusia dengan Allah itu baik (melalui ibadah sembahyang), maka dia menjadi seorang yang baik. Sembahyang yang betul mempunyai “power” untuk mencegah seseorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar. Al-Ankabut [45]…..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Berbanding malaikat yang dijadikan daripada cahaya, manusia dan jin dijadikan daripada tanah dan api. Untuk meningkatkan taraf manusia dan jin setaraf dengan malaikat, mereka diberi peluang untuk report secara terus kepada Allah tanpa melalui sebarang perantaraan. Melalui ibadat seperti sembahyang, mereka berhubung secara terus dengan Allah SWT.

Sembahyang itu seperti berkata-kata dengan Allah, maka berhati-hatilah dalam percakapan dengan Allah agar apa yang dicakap itu sama dengan apa yang difikir atau diingati. Hendaklah “hadir hati” iaitu ingat kepada Allah semasa sembahyang. Bagi orang awam, hendaklah cuba sedaya upaya untuk ingat Allah semasa sembahyang. Kalau ada lintasan (teringat perkara lain), cepat-cepatlah ingatkan balik kepada Allah. Walaupun tidak 100%, cubalah untuk “control” gangguan dalam hati semasa sembahyang (lebih banyak ingatkan Allah dari benda lain). Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat ingatkan Allah:-

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Umat terdahulu cuma sembahyang dua waktu sehari semalam (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari). Allah sayang kita umat Muhammad s.a.w., bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Lebih banyak waktu sembahyang bererti lebih kerap kita menemui Allah dan lebih rapatlah hubungan peribadi dengan Allah. Seperti di dunia ini, manusia yang selalu bertemu dengan para VIP biasanya lebih rapat dengan mereka. Selain itu syurga juga dipenuhi oleh majoriti umat Muhammad s.a.w.

Advertisements

4 Respons to “Sembahyang itu hubungan peribadi manusia dengan Allah”

  1. shafifah Says:

    Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro’, Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

    Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA’ (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

    Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d

  2. Matlamat Dan Ganjaran Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji « Nasbun Nurain Says:

    […] sembahyang 5 waktu ialah menghubungkan umat Islam dengan Allah s.w.t. sebanyak 5 kali sehari (hablun minallah) dan zakat pula menghubungkan antara golongan kaya dan golongan miskin (hablun minan nas). Fokus […]

  3. Jangan Jadi Manusia yang Rugi Dunia dan Akhirat « Nasbun Nurain Says:

    […] Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mengganti (qadha) sembahyang yang ditinggalkan. Selain itu sembahyang juga adalah hubungan antara manusia dengan tuhannya, apabila baik hubungannya, maka baiklah kedudukannya di akhirat […]

  4. Ujian Ke Syurga: Rukun Islam dan Rukun Iman « Nasbun Nurain Says:

    […] sembahyang 5 waktu ialah menghubungkan umat Islam dengan Allah s.w.t. sebanyak 5 kali sehari (hablun minallah). Semua sembahyang fardhu adalah “hak Allah” atau syariat yang wajib dikerjakan. Selain itu ada […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: