Sifat Para Nabi dan Rasul

4 Sifat yang wajib bagi para nabi dan rasul ialah benar, menyampaikan, amanah dan bijaksana.

Nabi Muhammad s.a.w. bersifat Siddik iaitu hanya mengatakan apa yang Benar dan  tidak memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Para nabi bersifat amanah dalam menyampaikan dakwahnya iaitu mereka hanya menyampaikan apa yang disuruh sahaja tanpa ditokok tambah. Walaupun kafir mekah tidak percaya kerasulan Nabi tetapi mereka percaya akan amanahnya Nabi. Kerana itu Nabi digelar Al-Amin. Dalam peristiwa hijrah, Sayyidina Ali adalah orang terakhir keluar kerana beliau terpaksa menyerahkan barang-barang penduduk Mekah yang diamanahkan kepada nabi.

Sifat para Nabi ialah Tabligh iaitu menyampaikan.

Selain itu para Nabi mestilah Fatonah iaitu bijaksana dalam menyampaikan dakwah mereka, misalnya mereka hendaklah melihat keadaan atau mood sasaran dakwah mereka.

Sifat yang mustahil

Sifat yang mustahil bagi mereka pula ialah bohong, menyembunyikan, khianat dan bodoh. Allah melaknat orang yang berbohong…laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta(Ali-Imran:61)

Sifat yang harus

Sifat yang harus bagi para nabi dan rasul ialah seperti sifat-sifat yang biasa terdapat atau berlaku ke atas manusia iaitu lapar, dahaga, makan, minum, tidur, berkahwin, lupa dan sebagainya.

Al-Kahfi [110] Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu

Rasulullah s.a.w. juga pernah lupa dalam bacaan quran semasa dalam sembahyangnya.

Dari Ibnu Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW solah dan ada yang terlupa dari ayat yang dibacanya, ketika beliau selesai solah, berkatalah beliau kepada Ubay ra,”Apakah kamu ikut solah bersama kami?.” Ubay menjawab,”Ya.” Rasulullah SAW bertanya, “Lalu apa yang menghalangimu (dari mengingatkanku)?.” . (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga makan, tetapi Baginda banyak berlapar. Dikatakan Baginda tidak pernah makan roti 2 hari berturut-turut.

Ilmu merupakan warisan para nabi dan mereka tidak mewariskan dirham dan tidak pula dinar, tetapi yang mereka wariskan adalah ilmu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka siapa yang mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi , Ahmad )

Rasulullah s.a.w. berdoa meminta mati dalam kemiskinan, namun  tidak melarang meninggalkan umatnya harta kepada anak-anak (asalkan tidak melupakan harta akhirat untuk dibawa pulang) kerana dibimbangi mereka pula akan meminta-minta dari orang lain.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: