Tidak ada penyakit berjangkit dan lari dari penyakit

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penyakit taun itu adalah satu tanda atau azab yang dikirimkan kepada Bani Israel atau kepada kaum yang sebelum kamu, maka apabila kamu mendengar khabarnya janganlah datang ke tempat itu dan jika taun itu berjangkit di mana kamu berada, maka janganlah kamu lari daripadanya.

Jika dilihat hadith ini seolah bercanggah dengan hadith:

Tidak ada jangkitan dan sial burung” yang dikeluarkan oleh Muslim dan hadis “Larilah dari orang yang diserang kusta seperti anda lari dari singa” yang dikeluarkan oleh al-Bukhari.

Dan sabda baginda kepada seorang Badwi yang mempersoalkan tentang unta yang berkurap yang berada di tengah-tengah unta sihat lalu bercampur dengannya dan unta dijangkiti kurap juga. Baginda menjawab: Kalau begitu siapa yang menyebabkan jangkitan pada unta yang pertama?

Sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa terdapat jangkitan dalam sesetengah kes, misalnya dalam kes penyakit yang merbahaya sepert taun yang disebut dalam hadith di atas. Kita juga boleh mengamalkan hadith ini dalam menangani wabak H1N1, dengan mengelakkan dari mengunjungi tempat-tempat yang dilanda wabak H1N1.

Advertisements
Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: