Takdir Mubram dan Mu’allaq

Firman Allah SWT dalam Surah ar-Ra’du ayat 39 yang maksudnya:-

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya, dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan”.”

Takdir bermaksud ketetapan Allah SWT dan ia terbahagi kepada dua iaitu:-

1)         Takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan mubram.

2)         Takdir yang boleh berubah dikenali dengan mu’allaq.

Berkata Said bin Jubir dan Qatadah (rahimahullah)

Allah SWT menghapus sesuatu hukum dan ditukar dengan hukum yang lain selepas itu Allah SWT memantapkannya (mubram).

Perubahan tersebut berlaku kepada hukum Syarak dan Fardhu, kemudian Allah SWT mantapkan (mubram).  Setelah itu ia tidak akan berubah-ubah lagi.

Berkata Abdullah bin Abbas (radiallahu ‘anh)

1.         Apa-apa yang telah diubah dan dimantapkan itu, yang ditulis di Luh Mahfuz dikenali dengan takdir mubram.

2.         Apa-apa hukum yang dimaktubkan di situ, yang akan berubah dikenali dengan mu’allaq atau ia belum dimantapkan, masih tersembunyi dalam ilmu Allah SWT.  Perkara-perkara yang tidak berubah pula ialah (1) rezeki, (2) umur, (3) kebahagiaan dan (4) kecelakaan. Pada pendapat beliau (Ibn Abbas) hanya 4 perkara tersebut yang tidak akan berubah.

3.         Telah dikeluarkan oleh Tabrani dengan sanad yang lemah dari Abdullah bin Umar (radiallahu ‘anh) katanya, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW berkaitan dengan ayat suci 39 Surah ar-Ra’du “Perubahan-perubahan yang dikehendakinya (ia akan berubah) kecuali kecelakaan, kebahagiaan, hidup dan mati.”

4.         Telah dikeluarkan oleh Ibn Mardawiah dari Jabir bin Abdullah (radiallahu ‘anh) dari Nabi SAW beginda bersabda, “Allah SWT mengubah rezeki dan menambahnya, mengubah ajal dan menambahnya.”

5. Telah dikeluarkan oleh Ibnu Mardawiah dari Abdullah bin Abbas (radiallahu ‘anh) kata beliau Rasullullah SAW telah ditanya berhubung dengan ayat 39 di atas, jawab Baginda yang mulia, “(Perubahan itu) berlaku pada malam Lailatul Qadar seperti mengangkat, merendah, memberi rezeki kecuali hidup, mati, kecelakaan, kebahagiaan” dan sabdanya lagi, “Sesungguhnya perkara itu tidak akan berubah.” (Dipetik dari tafsir Mazhari Jilid 5, halaman 35).

Sekian.

Syed Noor Muhammad Syed Jamal

Advertisements
Dikirim dalam Akidah. 1 Comment »

Satu Respons to “Takdir Mubram dan Mu’allaq”

  1. saifurroyya Says:

    Artikel yang menarik…


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: