Iblis Azazil

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…


Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun.  Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)

Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.

About these ads
Dikirim dalam Jin. 24 Komen »

24 Respons bagi “Iblis Azazil”

  1. larahidupku Says:

    camtu ke…sesetengah blog yang saya baca dia adalah ketua malaikat…kemudian di digelar iblis oleh Allah lantaran ingkar pada suruhan Allah ..mana satu betul…??? jeng jeng jeng..

    • sulaiman Says:

      iblis adalah daripada bangsa jin…jadi dia bukan malaikat (Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…)
      imam malaikat = ketua malaikat lah…. betul lah tu..cuba baca balik..
      nama azalnya azazil….digelar iblis kerana derhaka

  2. Iblis Azazil (via Nasbun Nurain) « rentaktarijarijemari Says:

    [...] Iblis Azazil (via Nasbun Nurain) Posted: September 2, 2011 by rentaktarijarijemari in Uncategorized 0 Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin… Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit p … Read More [...]

  3. yusri Says:

    salam…boleh tak post sumber kisah malaikat azazil ni?saya nk buat kajian….

    • sulaiman Says:

      Salam, saya cuma dengar daripada mulut Tuan Guru…sumbernya mungkin daripada kitab-kitab tafsir.

      • hiddenshiroku Says:

        Boleh inform x tafsir ap ? Surah mana muka surat ap?

        Just curious mane dtgnye nama azazil n
        Kisah kisah yg dtg sebelum nabi Adam ni, source de x byk so juz nk kepastian
        Syukran
        Wallahualam

      • sulaiman Says:

        Nama Azazil dapat ditemui dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48).

  4. Konspirasi Dunia – Rahsia Vatican « Perfectly Imperfect Says:

    [...] mana yang kita maklum, Dajjal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. [...]

  5. akmal Says:

    Salam…
    Apa kaitan azazil ini dengan post yang saya baca dalam blog ini http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/
    boleh Tuan Guru terangkan…

    Terima Kasih….

    • sulaiman Says:

      Salam,

      1) Manusia berasal daripada Nabi Adam, yang berasal daripada tanah.
      2) Azazil adalah bangsa jin yang diperbuat daripada api. Setelah derhaka, ia dikenali dengan nama Iblis. Iblis adalah ketua para syaitan. Iblis berada di laut, ada takhtanya di sana.
      3) Manusia berasal daripada tanah. Hakikat tanah ialah sifatnya gelap iaitu jahil. Tanah juga adalah sejuk yang merupakan hakikat mati dan malas. Kerana itu manusia sifatnya jahil dan perlu belajar untuk menghilangkan kejahilannya. (“insan …zoluman jahula”)
      4) Dewa-dewi itu sebenarnya adalah jin.
      5) Keturunan nabi Nuh – cucu nabi Nuh nama Shin dihantar ke China dan cucunya bernama Hind dihantar ke India.(nama negara itu adalah sempena nama cucunya)
      6) Nuh ialah Nabi Adam ke dua.(setelah keturunan nabi adam mati ditenggelamkan banjir)
      7) Nabi Muhammad taklid kepada agama Nabi Ibrahim. Agama Nabi Ibrahim itu juga adalah Islam.
      An-Nahl [123] Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar dan tiadalah dia dari orang-orang musyrik.
      8. Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak
      9) Tok-tok Syed Melayu adalah dari keturunan Sayyidina Hussin.
      Ada juga saya terangkan di sini:
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/12/19/kejadian-syaitan-dan-manusia/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/02/16/selain-allah-ialah-makhluk/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/03/30/kisah-nabi-nuh/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/07/28/kisah-nabi-nuh-2/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/27/imam-mahdi-saat-kiamat/

      • Tanpa Nama Says:

        “IBLIS BERADA DI LAUT. ADA TAKHTANYA DISANA”….? MINTA ULAS TN GURU…

      • sulaiman Says:

        Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.

  6. aisyah binti abu bakar Says:

    aSsLmKm..erm nak tnya nea btul kha jan tuu nick nem bgi azazil nea..??

    • Tanpa Nama Says:

      Assalam… Maaf jika mencelah. Apa hukum manusia yg menghukum kesalahan makhluk, padahal manusia itu sendiri tidak ada ketika kesalahan itu berlaku?????
      Suka bercerita tntg keburukan makhluk lain (menjurus kpd fitnah) seandainya kita tidak nmpk dgn mata kepala kita sendiri, bkn kah lebih baik bercerita tntg kebaikan-kebaikan makhluk utk kita jadikan renungan & pedoman.
      Jgnlah kita bermusuh dgn siapapun kerana kita hanya makhluk yg tiada daya dan upaya melainkan kekuatan ALLAH shj.

      • sulaiman Says:

        Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (An-Nisaa: 148) Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa. (An-Nisaa: 149)

        Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada ianya betul atau tidak adalah berdosa. Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan tentang sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan, Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang.

        Al-Hujurat [11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain……

  7. risalinux7 Says:

    Fakta-fakta teruatama rukun iman tidak boleh diambil dari hadith yang dhaif. Yang boleh hanya ‘fadhail amal’ (untuk amalan) itupun sesetengah pendapat sprt imam al-Bukhari melarangnya.

    • sulaiman Says:

      Wacana Ilmu Hadith oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz
      Tajuk: Benarkah alBukhari Melarang Beramal Dgn Hadith Dhaif? – Jawapan Kepada Ustaz Fathul Bari
      Tarikh: Khamis, 1 Mac,
      Hari: Selepas Maghrib
      Tempat: : IIS Lecture Hall, Setiawangsa Kuala Lumpur
      Jemput hadir

      • Shielazainal Says:

        Salam..
        Saye sangat curious mcm mane nabi adam bole kene hasut iblis utk mkn buah kuldi sedangkan disyurga malaikat jage.. Mcm mane iblis bole masok syurga

      • sulaiman Says:

        Salam, semuanya berlaku atas kehendak dan izin Allah s.w.t.
        Allah s.w.t. hendak mengeluarkan Nabi Adam dan isterinya Hawa dari syurga kerana tempat manusia diuji ialah di bumi dan bukannya di syurga.

        Ada hikmah mengapa mereka dikeluarkan dari Syurga. Jika tidak Firaun pun akan mengatakan dia juga lahir di syurga. Namun Allah juga telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, sepertimana Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga.

        Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

  8. Amir Iman Says:

    boleh tak kamu paparkan kisah nabi yusof?

  9. Muhammad Aizad Says:

    Salam, Iblis punya singgahsana di lautan kan, betul ke Ada pendapat yg mengatakan bahawa singgahsana nya Ada di Pulau Segitiga Bermuda yg kelihatan pelik apabila ada sesuatu yg lalu d atas permukaannya akan disedut & x kn ad yg selamat apabila lalu d Pulau Segitiga tu… Dajjal pon tinggal dekat situ..Dlm keadaan diikat dn akn bebas pada hari kiamat nnti..

  10. hamba ALLAH,YANG AMAT KURANG Says:

    semua ini tentuan ALLAH,,KAJI DAN FAHAM,,1..jangan lah kau sombong amalan kamu,,sedangkan ALLAH yang miliki ilmu,,hak ALLAH…sedekah kamu,,rezeki siapa,,ilmu siapa,,kekuatan kamu siapa ? itu sebab hal hati,,teramat penting,,ini yang di cerita dan di utamakan..izazil beramal berribu tahun,,ini kamu baru beralam tak beberapa,,pun azazil silap kerna hati,,,tak guna amal kau jika hati dan niat yang betul..sia sia je..wajid lafas dan kata di sendiri..contoh,,ketika nak motor,,,YA ALLAH,,,MOTOR INI HAK,MILIK MU,,,JADIKAN KAMI INSAN YANG BERSHUKUR NIKMAT MU,,DAN JANGAN JADI KAMI INSAN YANG SOMBONG,,SEDANGKAN DIA MILIKI MU,,YA ALLAH.. KATAKAN SEMUA HAL DENGAN LAFAS INI,,INI ADALAH PEGANGAN YANG AMAT PENTING..
    BUANG EGO,,DIA AKAN MEMUSNAH KAN KAMU, KASIH DAN IKLAS KERNA ALLAH,,BUKAN HAL SURGA ATAU NERAKA,,,HAL HATI,,URUSAN ALLAH,,DENGAN MANUSIA BOLEH TIPU LA,,DENGAN ALLAH JANGAN SEKALI,

  11. hamba ALLAH,YANG AMAT KURANG Says:

    JANGAN LA KAMU HATI KERAS,contoh hidupan keluarga saya,,beliau ada lah seorang doktor dan kuat ber amal,,,dia cerdik dan kuat sembayang,,,tapi silap sikit dengan makmetua,,lansung buang orang tua ini..INI DI KATA,HAL HATI,,MUSNAH DAN HABIS AMAL DIA KERNA HAL HATI,,,,ITU PASAL ALLAH SEJAK ZAMAN ADAM DAN SEKARANG INI,,DI UTAMA HAL HATI INI..
    CUMPUTER ADA ANTI-VIRUS,,kita pun ALLAH ajar kita anti-virus itu….SABAR,,REDAH DAN SYUKUR,,,


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: