Allah menciptakan benih, jagalah nafsu untuk ke syurga

Sepertimana kita tanya anak kita apabila dia melakukan sesuatu, Allah juga akan tanya kita di akhirat nanti. Allah berhak tanya apa yang kita lakukan kerana kita adalah hak Allah.

Al-Waqiah [58] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

Al-Waqiah [59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

Anak-anak yang terhasil dari benih-benih yang dipancarkan ke dalam rahim hakikatnya adalah ciptaan Allah.

As-Shura [49] Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anakanak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anakanak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

As-Shura [50] Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anakanak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Manusia cuma memuaskan nafsunya dan terhasillah benih dengan izin Allah, samada lelaki atau perempuan, Allah saja yang maha mengetahui. Nafsu yang dilepaskan pada haknya iaitu pada tempat yang halal diberi pahala.Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :

“Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?

Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang menjaga nafsunya iaitu alat kelamin daripada digunakan pada tempat yang haram dan digunakan pada tempat yang halal turut diberikan syurga.

Al-Mukminun [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Al-Mukminun [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela…

Al-Mukminun [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Al-Mukminun[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Advertisements
Dikirim dalam Artikel. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: