Badal Haji

Soalan: Bolehkah seseorang itu melakukan ibadat haji untuk ibu atau bapanya yang telah meninggal?

Jawapan: Ibadat haji boleh dilakukan untuk ibu atau bapanya samada yang telah mati ataupun yang masih hidup, ini dikenali sebagai badal haji. Di dalam mazhab Syafie, seorang yang hendak melakukan badal haji itu hendaklah melakukan ibadat haji bagi dirinya sendiri terlebih dahulu. Di dalam mazhab Hanafi pula tidak disyaratkan begitu.

“Seorang perempuan daripada puak Khath’am telah datang (menemui Rasulullah S.A.W.) dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibadat haji telah difardhukan oleh Allah S.W.T. ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah berusia lanjut dan tidak mampu lagi untuk berada di atas tunggangan (untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji), adakah dia wajib menqadha’kannya dengan cara aku lakukan ibadat haji tersebut bagi pihaknya? Rasulullah S.A.W. bersabda: Ya.

“Seorang perempuan daripada puak Juhainah telah datang menemui Rasulullah S.A.W. dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk mengerjakan ibadat haji, tetapi tidak sempat menunaikannya sebelum dia meninggal dunia, adakah aku boleh mengerjakan ibadat haji itu bagi pihaknya? Rasulullah S.A.W. bersabda: Ya, tunaikanlah ibadat haji itu bagi pihaknya. Apakah pandanganmu jika ibumu mempunyai hutang, sudah tentu kamu akan melangsaikan hutang tersebut (bagi pihaknya). Langsaikanlah hutang (dari segi ibadat) kepada Allah, sesungguhnya hutang kepada Allah adalah lebih patut untuk kamu langsaikan.

Advertisements
Dikirim dalam Haji. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: