Hari Yang Tiada Syak

Golongan Yahudi menyangka bahawa mereka hanya dibakar api neraka selama 40 hari sahaja (tempoh kesesatan mereka) iaitu sepanjang pemergian Nabi Musa ke Bukit Tursina untuk memohon kitab (Taurat).

Ali-Imran [24] …. Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.

Padahal dosa syirik mereka itu tetap tidak diampunkan, dan mereka tetap tidak akan keluar dari neraka.

Al-Maidah [37] Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api Neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.

Apabila golongan kafir naik ke lapisan atas dan hendak keluar dari neraka, mereka dicampak kembali oleh malaikat ke dalamnya:

Al-Hajj [22] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Ali-Imran [25] Oleh itu bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang dia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

Hari Kiamat juga dikenali sebagai “Hari yang tiada syak padanya”. Manakala “Hari yang diyakini” ialah hari kematian sesorang, seperti firman Allah, Al-Hijr [99] Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. Mereka yang mengamalkan ilmu sesat mengatakan tidak perlu lagi sembahyang setelah yakin kepada tuhan, sedangkan ayat ini menyuruh kita beribadat hinggalah ke hari kematian yang juga dikenali sebagai “hari yakin”.

Pada hari yang tiada syak itu, matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih). Namun ada juga golongan yang dilindungi daripada kepanasan dan bagi mukmin kesusahan menunggu di sana cuma seperti susahnya menunggu masuk waktu untuk sembahyang berjemaah.

Pada hari yang tiada syak itu, manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: