Allah Rabb yang Memelihara Semua Alam

Al-Fatihah [1] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Allah ialah nama bagi zat yang adanya adalah wajib, yang bersifat dengan sifat-sifat kemuliaan iaitu sifat-sifat yang sempurna. Mustahil Allah bersifat dengan sifat yang tidak sempurna seperti buta, pekak dan bisu.

Allah, tuhan kita ini mempunyai 1,000 nama. 300 nama terdapat dalam Taurat, 300 dalam Zabur, 300 dalam Injil, 99 dalam Al-Quran dan 1 nama yang tersembunyi.

Tiada siapa yang tahu sejak bila Allah itu ada. Adanya Allah itu lama sebelum apa-apa makhluk diciptakan.

Al-Insan [1] Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Allah menjadikan makhluk kerana ia ingin dikenali. Allah sengaja menciptakan alam ini. Tidak ada yang memaksaNYA kerana Allah adalah raja yang bebas. Di dalam sebuah hadits qudsi, Allah berfirman:

Aku adalah khazanah tersembunyi dan aku ingin diketahui. Kerana itu lalu aku menciptakan makhluk agar aku diketahui.

Ada yang mengatakan bahawa makhluk yang pertama dicipta ialah nur nabi kita, ada yang mengatakan makhluk yang pertama dicipta ialah air, ada yang mengatakan cahaya adalah makhluk pertama dan ada juga yang mengatakan akal ialah makhluk pertama.

Secara amnya, Allah mencipta 5 jenis makhluk iaitu batu, pokok kayu, malaikat, jin dan binatang. Manusia dimasukkan dalam kategori binatang iaitu binatang yang boleh berkata-kata.

Rabb iaitu Tuhan yang memelihara semua alam dan semua makhluk. Allah memelihara manusia sejak dari ia kecil hinggalah ia besar umpama pokok kayu yang mulanya kecil, lalu ia membesar. Walaupun manusia dijadikan dari tanah yang fitrahnya tidak membesar, Allah mengambil fitrah pokok dan diberikan tabiat membesar itu kepada manusia. Allah jualah yang memberi makanan kepada makhluknya.

Allah adalah Rabb iaitu tuhan yang memelihara semua alam. Adanya alam ini adalah tanda adanya pencipta alam. Dikatakan terdapat 18,000 jenis alam. Ulama mengatakan badan manusia juga adalah satu alam iaitu alam yang kecil. 

Sifat ketuhanan yang besar ialah Allah tidak berhajat kepada apa-apa sedangkan makhluk itu sentiasa berhajat kepada tuhannya. Allah tidak perlu kepada tempat atau alat untuk bercakap, melihat dan mendengar.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: