Zikir Pagi dan Petang

Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya, “Apabila hari telah petang, maka Rasulullah SAW mengucapkan: ‘Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba’daha. wa a’udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba’daha. Rabbi a’udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Rabbi a’udzu bika min ‘adzabin fi naari wa ‘adzabin fil qabri’ dan apabila hari telah pagi baginda berdoa pula seperti itu, menukar kata ‘amsaina’ (petang hari) dengan kata ‘ashbahna’ (pagi hari).” (Riwayat Imam Muslim)

Amsaina wa amsal mulku lillahi “Kami telah memasuki waktu petang, dan kerajaan hanya milik Allah,

wal hamdu lillah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, Segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

lahul mulku wal lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba’daha. Ya Tuhanku, aku mohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan kebaikan sesudahnya.

wa a’udzu bika min syarri maa fi hadzihil lailati wa syarri maa ba’daha. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan malam ini (hari ini) dan kejahatan sesudahnya.

Rabbi a’udzubika minal kasali, wa suu-il kibari. Wahai Tuhan-ku, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan kejahatan di hari tua.

Rabbi a’udzu bika min ‘adzabin fi naari wa ‘adzabin fil qabri’. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari seksaan di neraka dan seksaan di kubur”

(Jika waktu pagi hari kalimah أَمْسَى diganti أصَْبَح , kalimah اَّللْیَلِة diganti اْلَیْوِم iaitu perkataan pagi menggantikan petang dan hari menggantikan malam)

Advertisements
Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: