Apa Yang Lebih Baik Daripada Syurga

Furqan [10] Maha Berkat Tuhan yang jika Dia kehendaki tentulah Dia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

Dalam ayat sebelumnya golongan kafir bertanya mengapa tidak diturunkan seorang Rasul yang kaya dan mempunyai harta yang banyak.

Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya). (Furqan:7) Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya atau dia mempunyai sebuah kebun untuk dia makan hasilnya dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman): Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman. (Furqan:8)

Mereka mempertikaikan ajaran Baginda Mulia kerana dia seorang yang tidak berharta. Padahal Allah boleh sahaja mengadakan istana untuk para Nabi di dunia ini, tetapi ada yang lebih baik untuk mereka di syurga nanti, lagipun dunia ini hanyalah tempat ujian. Nabi Muhammad SAW sendiri memilih untuk menjadi seorang yang miskin dalam hidupnya. Walaupun nabi boleh memilih untuk jadi kaya, tapi nabi enggan menerimanya. Malaikat Jibril a.s boleh sahaja pada bila-bila masa menukarkan bukit menjadi emas untuk nabi – tapi nabi enggan menerimanya. Baginda memilih untuk menjadi miskin, ada hari Baginda makan, ada hari Baginda berlapar, supaya Baginda merasa seperti mana orang miskin yang sentiasa bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah S.A.W. berkata kepadaku :” Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata : Aku tidak mengharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang. Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdo’a kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu.

Tiada yang lebih indah daripada syurga. Di dalamnya terdapat keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, bahkan tidak perlu membuang air, udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti, Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia

Furqan [11] (Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. Furqan [12] Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: