Kelebihan Berkumpul Mengingati Allah

Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…

Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar)

Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..

Selain itu Baginda menyuruh para sahabat menyertai majlis mengingati Allah samada majlis zikir atau majlis ilmu.

Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka makanlah buahnya.” Para sahabat bertanya “Apakah taman-taman syurga itu, ya rasulullah?” Beliau menjawab, “Majlis ilmu (majlis yang dalamnya ada peringatan kepada tuhan ) ” (HR Thabrani Targhib)

Hadits shohih riwayat Imam al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Qutaibah bin Sa`iid daripada Jariir daripada al-A’masy daripada Abu Sholih daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. di mana diriwayatkan bahawa Junjungan s.a.w. bersabda:-

Bahawasanya Allah mempunyai malaikat-malaikat yang tugas mereka ialah mengelilingi segenap pelosok bertujuan mencari ahli zikir. Maka apabila mereka menemui satu kaum (yakni satu kumpulan manusia) yang sedang berzikrullah, mereka pun berseru sesama sendiri (yakni sesama malaikat tadi): “Marilah kepada hajat (tuntutan / tujuan) kamu (yakni tugas mereka mencari ahli zikir tadi)”.

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka malaikat-malaikat tersebut menyelubungi mereka (yakni kaum yang berzikir itu) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia.”

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Lalu Tuhan mereka bertanya kepada para malaikat tersebut, sedangkan Dia lebih mengetahui daripada mereka: “Apa yang diucapkan oleh hamba-hambaKu?”

Para malaikat menjawab: “Mereka bertasbih kepadaMu, bertakbir kepadaMu, bertahmid kepadaMu, bertamjid kepadaMu (mengagungkan Allah).”

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Adakah mereka melihatKu?

Junjungan meneruskan sabdaan
“Lalu para malaikat menjawab: “Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu

Junjungan meneruskan sabdaan:
“Maka Allah berfirman: “Dan bagaimana jika sekiranya mereka melihatKu?”

Junjungan meneruskan sabdaan:-
Para malaikat itu berkata: “Jika sekiranya mereka melihatMu, nescaya jadilah mereka lebih kuat beribadah keranaMu, lebih kuat bertamjid keranaMu dan lebih banyak bertasbih keranaMu.”…..

Dikirim dalam Zikir. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: