Bertaubatlah Sebelum Datangnya 3 Perkara

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa: 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir:

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah” (Shahih, HR. Turmudzi Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

2. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.

“Siapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari arah barat, nescaya Allah terima taubatnya” [Hadits Riwayat Muslim]

Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bebuat dosa di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai matahari terbit dari arah barat”. [Hadits Riwayat Muslim].

Rasulullah saw. bersabda: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat..

3. Bertaubatlah sebelum Al-Quran dihilangkan.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (HR. Thabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Dikirim dalam Hadith. 2 Comments »

2 Respons to “Bertaubatlah Sebelum Datangnya 3 Perkara”

  1. Bertaubatlah Sebelum Datangnya 3 Perkara « Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Says:

    […] Sebelum Datangnya 3 Perkara Bertaubatlah Sebelum Datangnya 3 Perkara Posted on Mei 18, 2010 by […]

  2. shafifah Says:

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad(22 May 2010) http://wp.me/piAx4-1N1

    Malam Mahabbah Untuk Rasul : http://wp.me/piAx4-1MX

    Kasih sayang Ilahi – 3 (Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz) : http://wp.me/piAx4-1Mo

    Selamat Jalan Tokoh rujukan para Wali Allah : http://wp.me/piAx4-1Kw

    Kediaman al-Habib ‘Ali bin Ja’far bin Ahmad al-Aydrus : http://wp.me/piAx4-1Ln


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: