Akibat Tidak Bayar Zakat Ternakan

Dari Abu Zar, r.a. dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda sesudah baginda bersumpah:  “Tidak ada seseorang yang memiliki unta,  lembu atau kambing yang ia tidak menyempurnakan haknya, melainkan dibawa binatang itu pada hari qiamat dalam keadaan yang sebesar-besar dan segemuk-gemuknya memijak dan melanyak-lanyaknya dengan tapak kakinya dan menanduknya dengan tanduknya, setiap kali selesai kumpulan -binatang-binatang itu berbuat demikian diulanginya pula perbuatan yang tersebut, sehingga diselesaikan perbicaraan di antara manusia.

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar. Mereka dikepung oleh Malaikat khas, yang lebih kuat dan hanya turun di hari Kiamat. Mereka membawa neraca timbangan dan memagari serta mengepung manusia, binatang, jin. Sepertimana Allah berfirman:

Ar-Rahman [33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: