Cara Mendepani Harta Benda

Asalamualaikum,

Sepatutnya apakah cara terbaik untuk kita mendepani harta benda?

Jawapan:

1. Cari harta yang halal, belanja pada tempat yang halal kerana ia akan dipersoalkan di akhirat nanti.

“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan

2. Keluar zakat bila cukup nisab dan haul kerana hanya orang yang benar-benar takutkan Allah dapat mengeluarkan zakat.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

3. Berbelanjalah pada jalan Allah dengan mengunakan harta yang baik dan halal.

Baqarah [267] Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik

4. Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin….

5. Jangan dilalaikan daripada beribadat dalam mencari harta.`Jangan menyayangi harta melebihi Allah dan Rasul.

Al-Munafiqun [9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

6. Bersederhanalah
Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” [Hadis riwayat Ibn Majah]

7.Janganlah membazir dalam berbelanja. Siapa yang membazir (termasuk harta) adalah saudara syaitan:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [Al-Israa’, 17:27]

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Cara Mendepani Harta Benda”

  1. Ali Says:

    alhamdulillah ustaz

    penjelasan ini amat membantu saya, terima kasih…


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: