Tetamu Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi

Puasa Ramadhan adalah tetamu, siapa yang melayannya dengan baik maka berjayalah puasanya. Sebelum tetamu ini pergi meninggalkan kita, Allah akan memberi satu hadiah yang istimewa iaitu Malam Lailatul Qadar. Selepas ini (Ramadhan), tiada lagi gandaan pahala ibadat misalnya gandaan 70 kali ganda bagi setiap amalan sunat. Selepas ini amalan diganda mengikut kadar biasa.

Apabila Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang bagaimana Bani Israel berjihad dan mengangkat pedangnya selama 83 tahun, para sahabat merasa dukacita dan terkilan mengenangkan mereka tidak mampu berbuat demikian. Maka Allah menghadiahkankan malam ini kepada kita umat Muhammad s.a.w.

Allah memberikan hadiah Lailatul Qadar ini bagi mempermudahkan kita memasuki syurganya. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia:

Al-A’raf [43]…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

Malam Lailatul Qadar ini adalah malam yang sangat mulia, ianya diberi perhatian khusus oleh Allah swt sehingga dilipatgandakan pahala sehingga 1,000 bulan. Apa jua ibadat yang dilakukan ketika itu samada bertasbih, sembahyang sunat, membaca quran bahkan berfikir tentang kebesaran Allah juga digandakan 1,000 bulan atau 84 tahun. Sayyidina Abu Bakar r.a. memikirkan bagaimana caranya menutup neraka agar manusia tidak terjatuh ke dalamnya, maka kata Rasulullah s.a.w. “Pemikiran kamu ini umpama beribu tahun punya ibadat”.

Pada malam ini juga turun malaikat ke bumi yang berjalan-jalan dan memberi salam kepada semua orang Islam yang berjaga pada waktu itu kecuali tiga golongan iaitu mereka yang makan babi, derhaka ibu bapa dan bermasam-muka sesama saudaranya.

Cari dan dapatkanlah malam yang boleh menaikkan makam atau pangkat kedudukan kita di akhirat nanti. Ianya adalah hadiah dan percuma daripada Allah yang maha Pemurah. Allah itu pemurah pada setiap masa bukan seperti kita yang hanya pemurah bila banyak wang sahaja.

Jikalau mendapat Lailatul Qadar, bersedekahlah kepada mereka yang memerlukan kerana ia adalah satu hadiah daripada Allah sebelum Ramadhan pergi meninggalkan kita. Tangisilah pemergian tetamu Ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita disaat kita cuba untuk rapat dengannya dan dapatkanlah hadiah Lailatul Qadar sebelum ia berlalu pergi.

2 Respons to “Tetamu Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi”

  1. Tetamu Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi « Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Says:

    […] Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi Tetamu Yang Akan Pergi Meninggalkan Kita dan Hadiah Yang Diberi Posted on September 5, 2010 by […]

  2. Habib Ahmad Says:

    Kisah Rasulullah mendapatkan LAILATUL QADAR di Malam ke 27 : http://wp.me/piAx4-2Pe

    Bila Malam Lailatul Qadr ? Habib Munzir : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/09/06/bila-malam-lailatul-qadr-habib-munzir/


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: