Beza Rukun dan Wajib Menurut Imam Abu Hanifah

Berbeza dengan pandangan jumhur, mazhab Imam Abu Hanifah (rh) memberikan maksud atau definisi yang berbeza di antara rukun/fardhu dan wajib. Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hambali tidak membezakan kedua-dua istilah tersebut sebaliknya mereka menyatakan rukun, fardhu dan wajib ada perkara yang sama.  Mazhab Hanafi menjelaskan perkara berikut:-

Maksud Rukun

Maksud rukun atau fardhu ialah sesuatu yang dikehendaki dilakukan berdasarkan perintah Allah (swt) yang thabit berdasarkan bukti dan dalil yang putus (qat’ie) iaitu dari al-Quran dan hadis yang mutawatir atau setaraf dengannya seperti hadis masyhur. Hukum yang dikeluarkan dari ayat al-Quran dan hadis berstatus mutawatir adalah paling kukuh dan tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Sesiapa yang mempersoalkannya boleh menjadi kafir.

Di antara contoh ibadah yang bersifat rukun dalam solat ialah takbir secara berdiri menghadap kiblat, berdiri, bacaan al-Quran, rukuk dan sujud.

Maksud Wajib

Maksud wajib pula adalah sesuatu yang perlu dilakukan di mana ia berdasarkan bukti atau dalil yang bersifat zanni (dalil dari hadis yang rendah sedikit daripada mutawatir seperti hadis sahih khabar ahad atau hadis hasan).

Hadis ahad walaupun sahih ia tidak boleh menyamai ayat al-Quran (membatalkan atau menambahkan hukumnya).  Demikian juga, hadis ahad lebih rendah statusnya berbanding hadis mutawatir atau masyhur kerana hadis ahad hanya diriwayatkan oleh seorang perawi teratas dari generasi Sahabat (ra).  Menurut fuqaha Hanafi, ada kemungkinan berlaku kesilapan dan kekurangan oleh perawi semasa meriwayatkan hadis tersebut. Berbanding dengan hadis mutawatir di mana terdapat ramai perawi teratas yang meriwayatkannya iaitu sekurang-kurangnya enam orang.  Hal ini tidak memungkinkan perawi tersebut melakukan kesilapan.

Selain itu, hukum wajib juga ditetapkan apabila terdapat bukti dari hadis bahawa Rasulullah (saw) sentiasa melakukan amalan tersebut dan tiada bukti Baginda meninggalkannya.

Di antara contoh ibadah yang dihukum wajib ialah solat witir, solat Hari Raya, membaca surah Fatihah dan surah dalam solat, thama’ninah dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan wajib adalah dari segi perbuatan (wajib dilakukan), bukan dari segi keyakinan (iktikad), dengan pengertian orang yang mengingkarinya tidak dianggap kafir tetapi fasiq (berdosa).

‘Allamah Sha’rani as-Shafi’i (rh) menyokong pandangan Imam Abu Hanifah dalam perkara ini seperti katanya;

“Semoga Allah (swt) merahmati ke atas Imam Abu Hanifah yang membezakan di antara fardhu dan wajib berserta maksud-maksudnya. Oleh itu, beliau meletakkan tahap tertinggi apa yang Allah (swt) nyatakan sebagai fardhu daripada apa yang Rasulullah (saw) nyatakan fardhu dalam rasa hormat kepada Allah (swt).  Meskipun sebenarnya Rasulullah (saw) tidak akan berkata menurut hawa nafsunya. Amalan Rasulullah (saw) sendiri kelihatannya menyokong pendirian Imam Abu Hanifah (rh) kerana walaupun semua yang Rasulullah (saw) lakukan adalah di atas perintah Allah, beliau lebih mengutamakan kepada peraturan dan perundangan yang dinyatakan oleh Allah (swt) berbanding pendiriannya sendiri.  Sesiapa yang berangapan fardu dan wajib adalah sama, sebenarnya tidak memberi perhatian kepada aspek perundangan (fiqh) ini.”

Wallahu a’lam.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Beza Rukun dan Wajib Menurut Imam Abu Hanifah”

  1. paket rafting Says:

    Nice post. I was checking constantly this weblog and I am inspired!
    Extremely helpful info specially the last phase :) I maintain such information much.

    I was seeking this certain information for a very long time.
    Thank you and best of luck.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: