Doa Jadi Hamba Sabar, Syukur dan Tawadduk

“Ya Allah jadikan aku ini hambamu yang banyak bersyukur, dan jadikan aku ini hambamu yang banyak bersabar dan jadikan aku hambamu yang kecil pada pandanganku tapi besar di mata orang”.

Bersyukurlah dalam semua keadaan, ucapkanlah Al-Hamdulillah dalam apa jua keadaan, samada mendapat kurniaan yang banyak atau sedikit dan janganlah pula merajuk dengan Allah s.w.t.

Salah satu daripada nama Allah ialah As-Sobur. Sabar ialah tetap pendirian di atas kebaikan. Allah paling banyak bersabar. Walaupun ramai manusia yang derhaka, namun Allah tidak membinasakannya serta merta.

Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan pertolongan Allah datang beserta dengan kesabaran.

Al-Baqarah [249] ….dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.

Rasulullah s.a.w. bersabda ”

Pertolongan Allah datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)

Kata pepatah asing “Hasil kesabaran ialah buah yang manis”

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Ar-Ra’d:22) Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Ar-Ra’d:23)

Mintalah agar menjadi seorang yang kecil pada pandangan mata sendiri. Jangan jadi seperti iblis yang merasa dirinya besar.

Al-A’raf [12] Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

Advertisements

2 Respons to “Doa Jadi Hamba Sabar, Syukur dan Tawadduk”

  1. Habib Ahmad Says:

    AHAD INI : Lepas Subuh Di MAsjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa Wacana Ilmu Bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki :

    http://melayucyber.blogspot.com/2011/01/wacana-ilmu-bersama-al-fadhil-syeikh.html


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: