Ketaatan Kepada Pemimpin Bersyarat

An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Baca baki entri ini »

Berperang Untuk Mati Syahid Mesti Kerana Allah

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah SWT) lalu Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka ia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah SWT lalu bertanya kepadanya: “Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Ku berikan kepadamu itu?” Ia menjawab: “Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid.” Allah SWT berkata kepadanya: “Engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu.” Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka. Baca baki entri ini »

Kelebihan Mati Syahid Di Medan Peperangan

Malaikat khas akan didatangkan untuk mensyahidkan (menyaksikan) mereka yang mati syahid di medan peperangan. Mati syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh dalam pertempuran di medan peperangan kerana mendaulatkan Islam, menegakkan perintah atau hukum Allah dan mempertahankan negeri Islam daripada serangan musuh. Baca baki entri ini »

Buatlah Sesuatu Yang Allah Redhai Walaupun Sedikit

Lakukanlah sesuatu yang diredhai Allah walaupun sedikit kerana jika Allah menyukai sesuatu tindak-tanduk kita yang sedikit itu, ianya sudah mencukupi untuk mendapat keredaan Allah yang sangat besar.

At-Taubah [72] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Allah juga tidak mensia-siakan pahala orang yang beriman.

….dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Ali-Imran:171)

Kesan Meniru Fesyen Pakaian Nabi

Siapa kata fesyen pakaian tidak mempunyai kesan? Kerana meniru pakaian Nabi Musa a.s., 7 ahli sihir Firaun yang ‘expert’ telah dicampakkan iman ke dalam hati mereka.

Ta-Ha [70] (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Isu Nikah Di Masjid

Bernikah di masjid adalah amalan Islam dan ia mempunyai dalil iaitu daripada hadith Rasulullah s.a.w, riwayat Tirmidzi melalui Siti Aisyah r.a.:

Umumkanlah pernikahan dan laksanakan di masjid, serta pukullah rebana (untuk menghebahkannya)

Hanya kerana pernikahan dilakukan di gereja dalam ajaran Kristian tidak bermakna pernikahan di masjid adalah berasal daripada agama Kristian. Sepertimana perbuatan mencukur rambut. Ia juga dilakukan oleh Sami Buddha tetapi kita melakukannya kerana Rasulullah s.a.w. dan Sayyidina Ali mencukur rambutnya bukannya kerana meniru Sami Buddha. Namun batas-batas aurat dan pergaulan lelaki perempuan haruslah dijaga.

Hormatilah masjid dan jangan dijadikan studio penggambaran. Kita melakukannya di masjid kerana di masjid terdapat ramai orang dan ia adalah bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan tersebut. Tetapi sekiranya bimbang tidak dapat menjaga batasan dan tidak menghormati masjid, maka lebih baik ia diadakan di rumah.

Fesyen Rambut

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: “Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadith riwayat Abu Daud). Baca baki entri ini »