Kisah Nabi Musa Lari Dari Mesir

Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya). (Al-Qasas:15) Baca baki entri ini »

Kisah Dakwah Nabi Musa

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. (Ta-Ha:24) Baca baki entri ini »

Dihimpit Bumi Dalam Kubur

Dari Ibnu Umar ra, dari Rasulullah saw bersabda: Inilah (Sa’ad bin Mu’adz r.a.) yang arasy bergoyang kerananya, dibukakan pintu-pintu syurga untuknya dan disaksikan tujuh puluh ribu malaikat. Sesungguhnya dia dihimpit barulah kemudiannya himpitan itu dibukakan. (Hadith Riwayat An Nasa’i)

Setiap orang yang meninggal dunia akan dihimpit oleh bumi. Namun himpitan bumi terhadap orang-orang yang soleh adalah umpama pelukan seorang ibu yang geram kepada anaknya, akhirnya dilepaskan pelukan itu.

Himpitan ini berbeza dengan himpitan bumi terhadap orang kafir, mereka tidak dilepaskan, sebaliknya terus dihimpit.

….Kemudian diperintahkan bumi supaya menghimpitnya. Lalu bumi menghimpitnya sehinga berselisih tulang-tulang rusuknya. Maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus hingga Allah bangkitkan dia dari kuburnya itu. (Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Daud)

Cukuplah Allah Untuk Kami حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

(Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. (As-Saffat:97)

Ketika Nabi Ibrahim diletakkan di tempat yang tinggi untuk diluncurkan ke dalam api, Malaikat Jibril telah menawarkan khidmatnya dan bertanya : “Adakah engkau mahu aku menyampaikan tentang ini kepada Allah swt?” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku memerlukan Allah, bukan engkau”. Nabi Ibrahim mengucapkan  حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَڪِيلُ

Bacalah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, zikir yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika baginda ditelanjangkan oleh orang-orang kafir yang mahu mencampakkannya ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi sejuk dan tidak membakar tubuhnya.

Anbiya [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil”, dan ini jugalah yang diucapkan oleh tentera Islam ketika perang Uhud, kemudian Allah s.w.t pun menolong mereka.

Ali-Imran [173] Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami..

Kisah Nabi Musa Semasa Kecil

Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (Baqarah: 49) Baca baki entri ini »

Sembahyang Istikharah Minta Petunjuk

Dari Jabir ibn Abdullah. Adalah Rasulullah SAW , mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa. Baca baki entri ini »

Amalan Bai’ah

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya; (Al-Fath:18) Baca baki entri ini »

Islam Agama Nasihat

Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya :Aku membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik terhadap setiap Muslim. Baca baki entri ini »

Tidak Mati Selagi Tidak Sempurna Rezeki Allah

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah). Baca baki entri ini »

Takutlah Pada Peristiwa Yang Akan Berlaku Pada Hari Kiamat

Baqarah[48] Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab)…

Al-Hajj [2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

Dalam satu hadis nabi disebut, di hari akhirat manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat: Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi; Baca baki entri ini »

Sunnah Berdoa Dengan Suara Perlahan

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan..

Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah) 

Sunnah dalam berdoa ialah dengan menggunakan suara yang perlahan dan ia adalah lebih khusyuk, lebih afdal dan diterima Allah. Tidak perlulah menjerit-jerit atau bertempik-tempik kerana Allah bukanlah pekak atau tuli dan Allah juga dekat dan sentiasa bersama kita. Doa ialah permintaan manusia kepada tuhannya. Jikalau kita hendak meminta sesuatu daripada seseorang maka kita juga akan meminta dengan suara yang perlahan sebagai satu penghormatan. Orang yang merendahkan suara itu lebih bertakwa, mendapat keampunan dan pahala daripada Allah.

Allah Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Melakukan Apa Yang DikehendakiNya

Isteri nabi Ibrahim dan isteri nabi Zakaria yang sudah tua pun dikurniakan anak oleh Allah s.w.t dan kisah-kisah ini diceritakan dalam  al-quran. Baca baki entri ini »

Islam Akan Kembali Asing

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam dimulai sebagai suatu (agama) yang asing dan Islam akan menyusut lagi (kembali) sebagai (agama) yang asing sama seperti waktu awal, dan Islam akan terpusat diantara dua masjid (Mekah dan Madinah) sama seperti ular yang merayap kembali ke lubangnya (sarangnya). Baca baki entri ini »

Umat Islam Akan Menyeleweng Seperti Bani Israil

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian….(hingga akhir hadith) Baca baki entri ini »

Bila Sunnah Ditinggalkan Bidaah Timbul

Dalam sebuah hadith disebut “Apabila Sunnah ditinggalkan pelbagai bidaah akan timbul bagi mengantikan sunnah”. Menurut hadith riwayat Abu Daud pula, “Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-ngadakan bidaah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya – tidak ada suatu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya.  Baca baki entri ini »