Dosa Zina Terhapus Dengan Bertaubat

Ada penceramah mengatakan dosa zina tidak terhapus dengan taubat, sebaliknya harus dijatuhkan hukuman hudud. Ini bertentangan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Pada suatu ketika sahabat Baginda, Ma’iz bin Malik r.a. datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu dia berkata kepada Baginda ” Ya Rasulullah , bersihkanlah (sucikan) aku”.Jawab Rasulullah s.a.w. “Pulanglah , dan mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya”

Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi seraya berkata, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku”

Jawab Rasulullah saw., “Pulanglah, minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepadaNya” Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi dan berkata kepada Rasulullah saw ”Ya Rasulullah, sucikanlah aku” Nabi saw menjawab seperti semula dan hal seperti itu berulang sampai empat kali.

Pada kali yang keempat Rasulullah saw bertanya”Dari hal apakah engkau harus kusucikan?”

Jawab Ma’iz” dari dosa berzina” Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat yang ada di sekitar ketika itu, “apakah si Ma’iz ini mengidap penyakit gila?

Jawab para sahabat “Tidak, ya Rasulullah, Dia tidak gila”

Tanya Nabi saw berikutnya:”Apakah dia baru habis minum khamar (arak)?” Seorang sahabat berdiri , lalu membaui Ma’iz, tetapi tidak mencium bau khamar di mulut Ma’iz.

Maka bertanya Rasulullah saw. kepada Ma’iz” Betulkah engkau berzina?” Jawab maiz, “Benar ya Rasulullah”

Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam terhadap Maiz, lalu dia direjam.

Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda murka dan berkata “Mengapa kamu mengejar dia, Ma’iz betul-betul telah bertaubat dengan taubat yang sempurna. Seandainya taubat maiz dapat dibahagi di antara satu kaum pasti mencukupi untuk mereka semua”.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Dosa Zina Terhapus Dengan Bertaubat”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: