Jangan Biarkan Kain Melebihi Buku Lali Ketika Sembahyang

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud). Dalam hadith ini disebut secara jelas bahawa memakai pakaian labuh yang menutup buku lali bagi lelaki adalah perbuatan orang yang sombong kepada Allah (walaupun dia tidak sombong kepada sesama manusia).

Begitu juga orang yang tidak menyembah Allah ialah orang yang sombong kepada Allah dan boleh membawa kepada azab neraka.

Gafir [60] Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, kain (bawah yang labuh melebihi) dua buku lali, ia berada dalam api (neraka).

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.

Berkata Abu Hurairah r.a, satu ketika seorang lelaki bersolah, kain yang dipakainya labuh. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya pergi berwuduk semula, maka orang itu pun pergi. Kemudian itu ia datang, bertanya seorang lelaki (sahabat) katanya, wahai Rasulullah apakah sebabnya tuan menyuruhnya berwuduk (semula). Sabdanya (jawab) sesungguhnya ia telah bersolah (dalam keadaan) kain yang dipakainya itu labuh, dan sesungguhnya Allah (swt) tidak menerima solah seseorang lelaki yang kainnya labuh.

Kebanyakan ulama berpendapat lelaki yang bersembahyang dengan memakai kain menutupi buku lali tidak diterima sembahyangnya. Cuma seorang ulama dari India berpendapat bahawa “tidak diterima solah” itu bermaksud “tidak diterima untuk diberi pahala penuh”. Oleh itu berhati-hatilah agar sembahyang kita diterima Allah s.w.t. dan lipatlah kain seluar agar tidak menutupi buku lali. Namun memakai stokin tidak menjadi masalah kerana ia bukanlah pakaian yang dipakai daripada atas, larangan ini hanya untuk seluar atau kain bahagian atas.

Imam Syafie ada menyatakan : Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku. Maka apabila ada hadith sahih yang menyatakan bahawa menutup buku lali itu adalah perbuatan yang menunjukkan kesombongan kepada Allah, maka jauhilah ia, terutamanya dalam sembahyang kerana ia adalah perkara ibadah. Hormatilah kehendak Allah.

3 Respons to “Jangan Biarkan Kain Melebihi Buku Lali Ketika Sembahyang”

  1. inaiputih Says:

    Dah lama cari hadis ni … terima kasih.

    • hasyim Says:

      hadis kedua tu sohih atau tidak?bley gtau x…

      • hamba Allah Says:

        pertama hadis bukhari ..

        yang kedua (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-
        Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa’a fii isbal fii
        as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-
        Musnad, 4/67, an-Nasaa’i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-
        Ziinah)
        Imam an-Nawawi berkata tentang hadis ini di dalam kitabnya Riyadhus
        Sholiheen, no. 795, dan juga di dalam al-majmuu’, 3/178 & 4/457: Hadis ini
        darjatnya sahih menepati syarat imam Muslim.

        lebih lanjut : http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/10/131-hindarilah-solat-dengan-isbal.html


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: