Hari Sahabat Menjadi Musuh

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (Az-Zukhruf:67)

Pada hari itu (hari akhirat) mereka yang bersahabat dalam melakukan kejahatan akan bergaduh, tuduh-menuduh dan menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengakui kesalahan mereka.

Berbeza pula dengan orang-orang yang bersahabat dalam melakukan kebaikan. Mereka tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.

Biasanya seseorang itu condong hatinya untuk bersama mereka yang sama kumpulan dengannya. Misalnya ahli masjid lebih condong untuk berkawan sesama jemaah masjid. Begitu juga ahli kelab malam, mereka condong untuk bersama geng kelab mereka. Hindarkan dari berkawan dengan mereka yang tidak mengambil berat tentang Islam dan melanggar pantang larang Islam melainkan untuk tujuan berdakwah.

Imam Al-Bukhari membawakan sebuah hadits dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:

Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau mengangkat seorang khalifah melainkan pasti disertai oleh dua orang kepercayaan, seorang memerintahkannya kepada yang ma’ruf dan mendorongnya kepada yang ma’ruf dan seorang lagi memerintahkan kepada kejahatan serta mendorongnya ke arah itu dan yang terjaga ada yang dilindungi oleh Allah.

Selain itu setiap manusia juga mempunya 2 sahabat dalam diri mereka. Dalam hadith disebut dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat mempengaruhi manusia itu, maka baiklah dia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban).

Advertisements
Dikirim dalam Kiamat. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: