Setiap Pimpinan Akan Ditanya

Dari Anas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap pemimpin tentang apa saja yang di bawah pimpinannya, apakah dia menjaganya (melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik) atau mensia-siakannya, sehinggakan seorang lelaki akan ditanya tentang ahli keluarganya (Riwayat Ibnu Hibban)

Dalam sebuah hadith disebut “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Dua orang yang dibelenggu diakhirat (sekiranya tidak menjalankan tugas dengan adil) ialah pemimpin (yang mempunyai 10 orang dibawahnya – apa jua pimpinan). Hanya kebaikan yang dilakukannya mampu membebaskan ia dari belenggu itu.

Tidak ada satu pun penguasa yang menanggung keperluan umat, melainkan di hari kiamat nanti, ia akan dibelenggu tangannya (sendiri) di atas lehernya, lalu (apakah ia mampu) dilepaskan oleh keadilan atau dilarikan oleh kezaliman..(HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Seorang lelaki juga akan ditanya tentang ahli keluarga yang dipimpinnya. Dia akan ditanya mengapa ia membiarkan isterinya memakai wangian di luar rumah.

“Sesiapa sahaja dari kalangan kamu (wanita) yang keluar menuju masjid, maka janganlah mengenakan wangi-wangian.” (Hadis Riwayatan-Nasaa’i,)

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:“Semua mata berzina termasuklah seorang wanita yang memakai wangian kemudian melalui suatu majlis, dia juga sedemikian.” (dia juga sedemikian” bermaksud dia juga berzina)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: