Umat Muhammad Diberi Kemudahan Melaksanakan Ibadah

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah s.w.t. meredhakan kemudahan bagi umat ini dan dia tidak menyukai kesusahan” (Riwayat Thabrani melalui Mihjan Ibnul Aida).

Umat Muhammad diberikan kemudahan dalam beribadah misalnya mereka boleh bersembahyang dimana sahaja, di rumah, di masjid atau di tempat terbuka berbanding golongan Yahudi yang hanya boleh melakukannya di tempat ibadah mereka sahaja.

Umat Muhammad diberikan kemudahan kerana mereka juga diberikan kontrak atau tanggungan yang lebih misalnya sembahyang 5 waktu sehari semalaman berbanding Yahudi yang hanya sembahyang 2 kali sehari semalaman. Umat Muhammad berpuasa 29 atau 30 hari setahun, manakala Yahudi hanya berpuasa 1 hari setahun. Oleh kerana Umat Muhammad mempunyai banyak tanggungan untuk disempurnakan, maka cara mereka melaksanakannya dipermudahkan.

Golongan Yahudi Membantah Mengapa Allah Memberi Mereka Agama Yang Keras Dan Umat Muhammad Diberi Agama Yang Mudah.

Dari Abdullah bin Umar r.a (katanya) Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya ajal (umur) kamu (umat Islam) banding dengan umat-umat yang telah lepas, adalah (sama) dengan waktu di antara solah Asar hingga jatuh matahari, dan bandingan di antara kamu dengan Yahudi, Nasrani adalah seperti seorang yang mengupah seorang melakukan kerja,

Kata (pemberi upah) siapa yang sanggup buat kerja untuk saya (dari pagi sampai tengah hari dengan upah) satu qirat? Maka kaum Yahudi melakukan (kerja tersebut) sempai ke tengah hari dengan upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari tengah hari sehingga waktu solah Asar, dengan upahan satu qirat? Maka kaum Nasrani melakukan kerja itu, dari tengah hari sampai waktu solah Asar dengan mendapat upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari waktu solah Asar hingga Maghrib, dengan upah dua qirat? Ketahuilah bahawa kamulah mereka yang melakukan kerja dari waktu solah Asar hingga Maghrib, Ketahuilah bahawa bagi kamu dua kali ganda pahala,

Maka kaum Yahudi dan Nasrani menjadi marah (di hari kiamat), mereka berkata, kami buat kerja lebih (kerana masa panjang) dan upah pula sedikit, lalu ALLAH S.W.T (bertanya mereka) “Adakah Aku telah menzalimi kamu dari hak kamu”, mereka menjawab “tidak“, ALLAH S.W.T berfirman, “itu kelebihan Ku (upah lebih) yang Aku kurniakan kepada siapa yang Aku mahu” (iaitu kepada umat Muhammad saw)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: