Bila Sunnah Ditinggalkan Bidaah Timbul

Dalam sebuah hadith disebut “Apabila Sunnah ditinggalkan pelbagai bidaah akan timbul bagi mengantikan sunnah”. Menurut hadith riwayat Abu Daud pula, “Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-ngadakan bidaah sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya – tidak ada suatu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk menjalarinya. 

Mengurut Kitab Nibras (sebuah kitab akidah yang besar),“Bidaah itu ialah tiap-tiap sesuatu perkara agama yang lahir selepas zaman para sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak mempunyai dalil syarak”. Kita adalah “Ahli Sunnah Wal Jamaah”, sunnah itu bersumberkan hadith Nabi dan Jamaah itu dari pendapat para sahabat Nabi. Misalnya

Jangan cepat menghukum Bidaah kerana Bidaah adalah perkara yang boleh membawa ke neraka. Nilaian Bidaah berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain. Tidak semestinya apa yang Nabi tidak buat itu adalah Bidaah. Sekiranya tidak ada larangan dari Nabi, jangan hukum perkara itu Bidaah. Misalnya tiada larangan dari Nabi tentang membaca Yassin pada Malam Jumaat. Membaca doa qunut semasa sembahyang Subuh bukanlah perbuatan bidaah kerana ia pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., cuma ia telah ditinggalkan, namun ianya tidak dibatalkan dan mazhab Syafie memilih untuk mengekalkannya. Perarakan Maulidurrasul pula sememangnya tidak dilakukan di zaman para sahabat, namun jika ianya dapat menaikkan semangat dan keimanan umat Islam, maka hukumnya adalah harus.

Kita juga harus berhati-hati kerana ada juga amalan yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak mempunyai dalil yang jelas, misalnya sembahyang hajat secara berjemaah. Dalam hadith disebut disebut sekiranya ada hajat maka sembahyanglah, namun tidak pula disebut berjemaah.

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat dua (2) raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Ada juga yang melakukan sembahyang hajat secara “sembahyang ramai-ramai, buat sendiri-sendiri”. Namun mereka masih mengikut imam di hadapan mereka dan hakikatnya mereka masih sembahyang berjemaah. Sembahyang sunat yang boleh dilakukan secara berjemaah yang mempunyai dalil hanyalah beberapa sembahyang seperti sunat Tarawikh, sembahyang sunat Hari Raya (bagi mazhab Syafie), sembahyang minta hujan.

Sembahyang Tarawikh 20 rakaat tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi ia dilakukan di zaman sahabat iaitu Sayyidina Umar, maka ia adalah sunnah daripada sahabat dan bukanlah bidaah. Sembahyang sunat Tarawikh 20 rakaat dilakukan oleh Sayyidina Umar bagi menggantikan Sembahyang malam (tahajjud) Rasulullah s.a.w. sebanyak 8 rakaat.

Pada malam-malam Ramadhan, Rasulullah saw sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat selepas Isyak hinggalah hampir waktu Subuh, barulah Baginda berhenti untuk bersahur. Sayyidina Umar bimbang umat Islam pada zamannya tidak dapat melakukan sembahyang malam 8 rakaat yang panjang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka beliau menambah bilangan rakaat kepada 20 tetapi melakukannya dalam tempoh masa yang lebih pendek.

Sembahyang Tarawih 20 rakaat juga telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama’ dari kalangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali  berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a. Dari Al-Sa’ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan – pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat.

2 Respons to “Bila Sunnah Ditinggalkan Bidaah Timbul”

  1. hamba Allah Says:

    Assalamualaikum wrt Tuan Guru,
    1)kalau begitu apa hukumnya sembahyang sunat hajat lebih2 lg secara jemaah- adakah jatuh sbg harus atau bgmana? yg merisaukan sbb kebanyakan sekolah skrg mengadakan solat hajat utk peperiksaan..
    2)kebiasaan juga bila ada kematian dibuat talkin & kenduri tahlil 3 malam,40 hari & 100 hari. saya ada dengar ini adalah bidaah yg dilarang. kalau bidaah mengapa tiada teguran dr ulama, malah mereka sndiri terlibat?
    3) adakah boleh kita menilai mabrur atau tidaknya haji seseorg dgn melihat amalannya setelah pulang dari mnunaikan ibadah hj. pendapat spt ini sgt popular tapi adakah sbrg hadis sahih mengesahkannya?
    4) Saya mendengar sunnah Nabi saw ada bberapa jenis bukan semuanya yg dikatakan sunnah perlu di ikut contohnya dalam hal dunia semasa ( naik kereta dan tidak naik unta spt baginda Rasullullah saw). Jadi apakah jenis sunnah-sunnah tersebut?

    Ribuan terimakasih terlebih dahulu saya ucapkan kerana penjelasan Tn Guru InsyaAllah dpt membantu saya menjelaskan kpd ahli kluarga & kawan2 yg mmpersoalkan perkara2 di atas kerana byk kesilapan yg dah meresap jadi kebiasaan. Sedih & takut melihat cara hidup sekitar yg terlalu relax dgn hukum ugama. Moga Allah mmberkati & mmpermudahkan usaha Tn Guru, amin.

    Jazakallah

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      1) Hukumnya adalah menyalahi sunnah nabi kerana Baginda tidak melakukan solat hajat secara berjemaah.
      2) Amalan talkin yang sebenarnya ialah mengajar seseorang itu menyebut “La ilaha illallah” sebelum dia meninggal dunia. Dari Abu Hurairah, Rasululullah saw bersabda “Ajarlah orang yang akan mati (dekat saat kematian) dikalangan kamu “La ilaha illallah”(Riwayat Muslim). Talkin yang dibaca selepas seseorang meninggal dunia bukanlah dari mana-mana mazhab, cuma dari seorang murid Imam Syafie iaitu Imam Muzani.
      3) Jangan cepat menghukum sesuatu perkara sebagai Bidaah kerana Bidaah adalah sesuatu yang boleh membawa ke neraka. Nilaian Bidaah berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain.Tidak semestinya apa yang Nabi tidak buat itu Bidaah.Sekiranya tidak ada larangan dari Nabi, jangan hukum perkara itu Bidaah. Misalnya tiada larangan dari Nabi tentang bertahlil.
      4) Haji yang mabrur bermaksud haji yang diterima. Ulama berpendapat seseorang itu mendapat haji mabrur sekiranya dia menjadi lebih baik dari segi amalan dan meninggalkan perkara buruk yang pernah dilakukan sebelum mengerjakan haji.
      5) Allah swt mencantikkan syariatnya dengan sunnah Nabi. Sebagai contoh, syariat Allah ialah sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam, maka cantikkan ia dengan sunnah Nabi seperti membuat azan, sembahyang berjemaah di masjid dan sebagainya.
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/07/09/azan/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/02/08/kesederhanaan-tidur-dan-makan-rasulullah-s-a-w/
      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/04/18/sunnah-berdoa-dengan-suara-perlahan/
      “Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: