Tidak Mati Selagi Tidak Sempurna Rezeki Allah

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T

Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa.

Bila Mati Terputuslah Amalan Manusia

Apabila kita meninggal dunia, terputuslah amalan kita secara praktikalnya kerana kita sudah tidak boleh beribadah lagi. Tiada lagi sembahyang, puasa dan lain-lain. 

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya

Yang masih ada hanyalah tiga perkara itu. Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk dalam akaun kita. Contohnya, bersedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran dan sebagainya.

Ilmu yang baik yang diperturunkan itu juga menjadi amal jariah (amal yang mengalir pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia) Begitu juga ilmu dan perbuatan yang tidak baik, seseorang menanggung dosa dari ilmu yang diajarnya atau kesan perbuatannya. Kata Imam Ghazali ” orang yang bernasib baik ialah orang yang dosanya berhenti setelah dia meninggal”

Yassin [12]…dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata

Perkara yang ketiga ialah anak soleh yang berdoa untuknya. Walaupun hadith ini cuma menyebut tentang anak yang berdoa untuk bapanya, ia tidak menafikan doa seorang anak untuk ibunya, datuknya, neneknya, doa di antara adik beradik dan doa seorang suami kepada isteri atau sebaliknya, sepertimana firman Allah yang mengajar kita supaya berdoa kepada para senior:

Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

2 Respons to “Tidak Mati Selagi Tidak Sempurna Rezeki Allah”

  1. mohd kamarul ariffin.. Says:

    Mohon share..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: