Muflis DiAkhirat

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun hartabenda”. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke dalam neraka.”(Riwayat Muslim). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Perumpamaan Kehidupan Dunia

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). (Yunus:24) Baca baki entri ini »

Talak

Dalam sebuah hadith disebut, “Perkara halal yang paling dibenci Allah s.w.t adalah talak” (iaitu perceraian). ” Apabila sepasang suami isteri bercerai , maka bergegarlah Arasy.” Allah tidak suka kepada perceraian, lantiklah orang tengah untuk melakukan perundingan. Baca baki entri ini »

Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya termasuk hak seorang bapa terhadap anaknya ialah mengajarnya menulis, mempercantikkan namanya dan mengahwinkannya apabila dia telah baligh (cukup umur) (Riwayat Ibnu Najjar) Baca baki entri ini »

Kafir Cari Jalan Tengah Antara Allah Dan Rasul

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. (An-Nisaa: 150) Baca baki entri ini »

Ikhlas Dalam Beramal Syarat Diterima Amalan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima apa-apa amalan melainkan amalan yang dilakukan khas untuknya dan diharapkan supaya Allah memperkenankannya” (Riwayat An-Nasai melalui Abu Umamah) Baca baki entri ini »

Sunnah Mengiringi Tetamu Pulang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya adalah termasuk sunnah iaitu seseorang keluar menghantarkan tetamunya hingga sampai ke pintu (pagar) rumahnya (Riwayat Ibnu Majah) Baca baki entri ini »