Kisah Nabi Musa Diselamatkan dan Firaun Ditenggelamkan

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (Baqarah:50)Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam. (Ta-Ha:77)

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. (As-Shuara:60)

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (As-Shuara:61)

Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (As-Shuara: 62)

Setelah Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut, tiba-tiba terjadi satu perkara yang sangat luar biasa. Lautan membelah dan diciptakan 12 lorong setiap kabilah bagi Bani Israil untuk menyeberang ke sebelah sana lautan. Tiap-tiap kabilah memiliki jalannya sendiri.Nabi Musa dan seluruh pengikutnya segera menyeberang.

Setelah seluruh Bani Israil menyeberang, Allah s.w.t. mengutus Malaikat Jibril yang berupa sebagai seorang penunggang seekor kuda betina, mendekati kuda Firaun, seekor kuda jantan. Kuda jantan Firaun itu berahi melihat kuda betina Malaikat Jibril. Lalu Malaikat Jibril memacu kudanya masuk ke laut yang sedang terbelah dan kuda jantan Fir’aun pun ikut masuk. Tentara Firaun yang melihat kejadian tersebut terus  mengikuti Fir’aun. Apabila mereka semua sudah masuk ke dalam lorong, Allah memerintahkan Nabi Musa memukul kembali tongkatnya ke laut dan laut itu pun cair kembali dan menutup semua lorong-lorong serta menenggelamkan Firaun dan seluruh tenteranya.

Setelah Firaun ditenggelamkan dan berenang untuk menyelamatkan diri, Malaikat Jibril bertanya kepada Firaun “Apa pendapat kamu tentang seorang yang telah dibela sejak kecil lalu apabila dewasa dia menentang orang yang membelanya?” Firaun mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang jahat. Dia menyangka bahawa orang yang dimaksudkan itu adalah Nabi Musa kerana Firaun telah membela Nabi Musa sejak kecil lagi. Lalu malaikat Jibril menjelaskan “orang itu adalah kamu, kamu dipelihara Allah sejak kecil, tetapi akhirnya kamu menentang Allah.

Setelah itu Firaun bertaubat dan menyatakan keimanannya, namun semuanya telah terlambat kerana tempoh taubatnya telah “expired”.

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (Yunus:90)

(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. (Yunus:91)

Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!. (Yunus:92)

3 Respons to “Kisah Nabi Musa Diselamatkan dan Firaun Ditenggelamkan”

  1. Tanpa Nama Says:

    I LIKE IT

  2. mohd jaafar Says:

    Apabila firaun di telan laut, adakah mayatnya timbul kembali? adakah mayatnya di simpan dlm piramid? firaun yg ke berapa mengambil alih pemerintahan dan Nabi yg mana berada semasa itu?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: