Peringatan Yang Dibaca Setiap Hari Jumaat

An-Nahli [90] Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta penderhakaan. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Adil dan Ihsan

Setiap pemimpin samada pemimpin keluarga, kampung, negeri atau negara hendaklah berlaku adil kepada mereka yang dibawah pimpinannya. Mereka akan disoal di akhirat nanti apakah mereka telah menunaikan tanggunjawab masing-masing.Sayyidina Umar r.a. telah menunjukkan contoh keadilannya bila beliau melaksanakan hukuman ke atas anaknya yang berzina dan beliau membaca sepotong ayat tentang ketegasan dalam melaksanakan hukum Allah.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nur:2)

Pemimpin juga hendaklah menggunakan ihsan iaitu budi bicara atau belas kasihan dalam apa jua keputusan dan undang-undang yang dikenakan ke atas rakyat agar tidak membebani mereka terutamanya golongan miskin. Ketua keluarga pula hendaklah melakukan ihsan kepada anak isteri mereka seperti membawa mereka bercuti dan “makan angin”.

Membantu Kaum Kerabat

Dahulukan ahli kaum keluarga yang miskin dalam memberi bantuan kewangan seperti memberi zakat atau sedekah kerana merekalah yang paling hampir dengan kita. Merekalah yang lebih berhak dalam menerima bantuan. Kaum kerabat ini termasuklah adik beradik kita, juga adik beradik sebelah bapa atau ibu kita. Disamping zakat yang dibayar kepada pusat zakat, berikanlah sebahagian zakat itu kepada ahli keluarga atau kerabat terdekat.

Larangan Melakukan Perbuatan Keji dan Mungkar

Perkara keji ialah perkara yang tidak bermaruah samada percakapan, pakaian, pergaulan dan hiburan. Percakapan yang tidak bermaruah adalah seperti percakapan yang sia-sia atau membuat lawak. Pakaian yang tidak bermaruah adalah pakaian yang tidak menutup aurat samada menampakkan bentuk badan atau warna kulit. Pergaulan yang tidak bermaruah ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan dan boleh membawa kepada zina. Hiburan yang tidak bermaruah pula ialah seperti perbuatan menggoyangkan badan dalam tari-menari.

Perkara mungkar ialah perkara yang bertentangan dengan syariat Allah. Sebagai contoh perbuatan sumpah laknat yang dilakukan oleh pihak yang menuduh adalah bertentangan dengan syariat Islam. Dalam Islam hanya sumpah lian yang dibolehkan iaitu sumpah yang dilakukan oleh pihak yang dituduh untuk menafikan tuduhan itu dan yang dibolehkan bersumpah ialah hanya dalam kes lian (tuduhan zina antara suami isteri).

Larangan Melakukan Penderhakaan (Pemberontakan Bersenjata)

Setiap rakyat dilarang melakukan pemberontakan bersenjata kepada kerajaan yang sah disisi Allah dan Rasul. Sekiranya mereka menderhaka kepada kerajaan yang melaksanakan perintah Allah dan Rasul, maka hukumannya ialah samada dibunuh atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang.

Al-Maidah [33] Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: