Kisah Doa Nabi Sulaiman

Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (Sad:35)

Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; Sad:(36)

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api Neraka. (Saba: 12) 

Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Sad:37)

Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. Sad:(38)

Rasulullah s.a.w. pernah diganggu jin ketika Baginda sembahyang tahajjud. Baginda berhasrat untuk menangkapnya namun membatalkannya setelah teringat doa saudaranya Nabi Sulaiman.

Dari Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. katanya : “Malam tadi, Ifrit dari bangsa Jin datang kepadaku hendak menggangguku solah. Tetapi Allah memungkinkan aku untuk mengatasinya. Aku ingin mengikatnya pada sebuah tiang di masjid, sehingga pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Namun aku teringat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, “Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah aku satu kerajaan yang tidak akan pernah engkau berikan kepada seorang jua sesudahku.” Kata Rauh, lalu Jin itu diusir oleh Nabi.”(Hadith Riwayat Bukhari)

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Kisah Doa Nabi Sulaiman”

  1. mohd-faisal Says:

    Notify me of follow-up comments via email.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: