Kisah Nabi Musa dan Pengikutnya Yang Mahu Melihat Allah

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (Baqarah:55) Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (Baqarah:56)

Setelah Nabi Musa dan 70 pengikutnya yang mewakili 12 qabilah berjaya merentas laut merah, mereka meminta agar diturunkan kitab bagi memudahkan mereka beramal. Namun setelah diberikan kitab Taurat, mereka meminta agar dapat melihat Allah s.w.t. dengan mata lendir mereka sendiri.

Perkataan yang sama juga diucapkan oleh golongan kafir kepada Nabi Muhammad:

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya. (Furqan: 21)

Nabi Musa sendiri pernah meminta untuk melihat Allah s.w.t.

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (Al-A’raf:143)

Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa ahli syurga boleh melihat Allah semasa mereka berada di sana. Mata dan hati mereka dikuatkan (power) untuk melihat Allah. Mata biasa ini tidak cukup kuat untuk melihat Allah). Seperti dijelaskan di dalam al-quran, banyak muka akan melihat Allah.

Qiyamah [22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] Melihat kepada Tuhannya.

Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya: “Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi.”), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: “Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: “Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya“; mereka bertanya: “Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka? Baginda s.a.w., bersabda: “Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Kisah Nabi Musa dan Pengikutnya Yang Mahu Melihat Allah”

  1. carabuat4 Says:

    manfaat dan bisa disahare nih keteman2


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: