Kisah Taubat Kaum Nabi Musa

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:54).

Untuk memudahkan mereka membunuh diri, Allah telah menggelapkan suasana dan mereka saling bunuh-membunuh antara satu sama lain. Maka menangislah Nabi Musa mengenangkan nasib kaummnya sehingga Allah s.w.t. akhirnya mengampunkan dosa mereka lalu mengeluarkan cahaya dan mereka dihidupkan semula. Dikatakan mereka hidup sehingga dua atau tiga generasi dan rupa mereka adalah seperti mayat.

Syariat pada zaman Nabi Musa mewajibkan mereka yang syirik kepada Allah membunuh diri untuk bertaubat . Ini kerana umat terdahulu lebih degil, maka lebih keraslah hukuman ke atas mereka. Syariat mereka juga lebih berat berbanding syariat umat Muhammad yang hanya perlu mengucapkan istigfar untuk bertaubat. Selain itu umat terdahulu perlu memotong pakaian yang terkena najis, umat Muhammad pula hanya perlu membasuh kain mereka untuk menghilangkan najis.

Di Padang Mahsyar, golongan Yahudi membantah mengapa Allah memberikan mereka syariat yang berat dan Umat Muhammad diberi syariat yang mudah. Allah menjawab bahawa mereka juga telah diberikan balasan untuk apa yang dilakukan. Allah boleh memberi lebih balasan kepada Umat Muhammad kerana semua manusia adalah milik Allah, terpulang kepada Allah s.w.t. untuk memberi pahala yang lebih, balasan syurga atau neraka. Ini dicertakan dalam hadith dibawah:

Dari Abdullah bin Umar r.a (katanya) Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya ajal (umur) kamu (umat Islam) banding dengan umat-umat yang telah lepas, adalah (sama) dengan waktu di antara solah Asar hingga jatuh matahari, dan bandingan di antara kamu dengan Yahudi, Nasrani adalah seperti seorang yang mengupah seorang melakukan kerja,

Kata (pemberi upah) siapa yang sanggup buat kerja untuk saya (dari pagi sampai tengah hari dengan upah) satu qirat? Maka kaum Yahudi melakukan (kerja tersebut) sempai ke tengah hari dengan upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari tengah hari sehingga waktu solah Asar, dengan upahan satu qirat? Maka kaum Nasrani melakukan kerja itu, dari tengah hari sampai waktu solah Asar dengan mendapat upah satu qirat,

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari waktu solah Asar hingga Maghrib, dengan upah dua qirat? Ketahuilah bahawa kamulah mereka yang melakukan kerja dari waktu solah Asar hingga Maghrib, Ketahuilah bahawa bagi kamu dua kali ganda pahala,

Maka kaum Yahudi dan Nasrani menjadi marah (di hari kiamat), mereka berkata, kami buat kerja lebih (kerana masa panjang) dan upah pula sedikit, lalu ALLAH S.W.T (bertanya mereka) “Adakah Aku telah menzalimi kamu dari hak kamu”, mereka menjawab “tidak“, ALLAH S.W.T berfirman, “itu kelebihan Ku (upah lebih) yang Aku kurniakan kepada siapa yang Aku mahu” (iaitu kepada umat Muhammad saw)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: